Saturday, June 16, 2012

Syria: Pemuda PAS Terjerat?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MALAYSIAKINI 15 Jun 2012 telah menyiarkan satu artikel tulisan Amin Iskandar bertajuk 'Perangkap Anti - Assad Amerika Jerat Pemuda PAS' yang mana isi kandungan jelas mendakwa Dewan Pemuda PAS termasuk dalam perangkap dalam isu Syria yang dijuarai oleh Amerika. Rujuk artikel tersebut di sini 

Kalau ikut pada pandangan penulis tersebut, gerakan untuk menjatuhkan Basyar al-Assad adalah didalangi oleh Amerika dan penulis tersebut juga berpendapat tindakan menyokong gerakan tersebut umpama memberi keuntungan kepada Yahudi Israel. Penulis tersebut juga dengan nada sindiran mengatakan;
"Jika tidak arif dengan politik antarabangsa, banyak-banyakanlah membaca. Dengan adanya Internet, kita sudah boleh mengakses kepada gedung ilmu yang luas.Jangan kerana terlalu ekstrim dengan mahzab Sunnah Wal Jamaah, kita terpengaruh dengan agenda Amerika Syarikat-Israel untuk mewujudkan new world order."

Rakyat Syria bangkit menentang kekejaman rejim Bashar al-Assad
Atas tuduhan penulis artikel tersebut (Amin Iskandar), Penulis siarkan di bawah, jawapan dari admin satu laman facebook yang dinamakan 'Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria';
Kami menerima pelbagai persoalan daripada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu yang berlaku di Syria tentang satu artikel yang disiarkan di dalam Malaysiakini bertajuk "Perangkap anti-Asad Amerika Jerat Pemuda PAS".
Antara petikan artikel tersebut ialah :
1) "...Tinggallah Syria menjadi batu penghalang kepada cita-cita untuk menguasai Timur Tengah dan menjamin keselamatan Israel. Bashar Al-Assad tegak berdiri melawan Amerika Syarikat dan Israel yang mahu mewujudkan New World Order..."
ULASAN: Jika diselak sejarah, tidak pernah satu peluru pun yang pernah dihalakan oleh Syria kepada Israel walaupun mereka berada berdekatan dengan Israel. Bahkan semasa era Hafiz Asad, Bukit Golan (yang berada disempadan Syria) telah diserahkan kepada Israel dengan percuma dan perkara tersebut menimbulkan kemarahan rakyat dan para ulama' di Syria.
Jadi bagaimana mungkin Syria boleh dikatan sebagai penghalang kepada Israel dan Barat?

Kanak2 tidak terkecuali dari menjadi mangsa kekejaman rejim al-Assad
2) "..Oleh kerana gagal mewujudkan kebangkitan rakyat Syria melawan Assad seperti di Mesir dan Tunisia, Amerika Syarikat-Israel menaja kumpulan pemberontak bersenjata..."
ULASAN: Ini merupakan tuduhan yang sangat berat dan tidak berasas kepada Tentera Bebas Syria. Hal ini kerana, sudah banyak kenyataan dan pendedahan yang kami bawakan bahawa tidak ada satu pun bantuan yang TBS terima daripada mana-mana kuasa tentera.
Untuk makluman, kami sentiasa berhubung dengan beberapa pasukan TBS untuk mendapat maklumat terkini dan mereka menyebut bahawa mereka juga tidak sesekali bersedia menerima campur tangan kuasa luar. Akan tetapi mereka hanya mendapat bantuan mujahidin luar yang masuk secara individu ke dalam Syria membantu TBS.
3) "....Kita harus bertanya, jika benar rakyat Syria bangkit melawan pemerintahan Bashar Al-Assad, mengapa tidak terjadi demonstrasi besar-besaran seperti di Tunisia dan Mesir? Mengapa pula kebangkitan rakyat Syria dengan menggunakan senjata? Jika tidak ada tajaan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Israel, kumpulan pemberontak tidak akan mampu mempunyai bekalan senjata canggih...."
ULASAN: Pada awal kebangkitan rakyat Syria, memang mereka melakukan perhimpunan secara besar-besaran untuk mendesak rejim Basyar berundur. Akan tetapi, rejim Basyar menggunakan kekerasan kepada rakyat yang bangkit dengan menggunakan pihak Syabbih (tali barut yang berpakaian biasa) dan juga tentera untuk menembak dan membunuh rakyat.
Oleh yang demikian, dalam Islam mengajar umatnya untuk mempertahankan dirinya apabila diserang. Bahkan juga Ijma' Ulama' Dunia dan juga Rabithah Ulama' Syria telah mengeluarkan fatwa bahawa wajib membunuh Basyar ekoran beberapa tindakan ganas yang dilakukan oleh mereka membunuh dan menyembelih rakyat awam.
Logikkah apabila kita dibunuh dan disembelih, kita berdiam diri tanpa mengambil inisiatif untuk mempertahankan diri? Oleh kerana itulah, pada pertengahan kebangkitan mereka, mereka menubuhkan Tentera Bebas Syria untuk melindungi dan menyahut seruan jihad melawan rejim Basyar.
Kekejaman rejim al-Assad tiada bezanya dengan kekejaman rejim zionis Israel
4) "...Syria sekutu rapat Iran di Timur Tengah. Apabila Syria dapat dikuasai, dengan mudah Hamas dan Hezbollah dihapuskan sekali gus melemahkan Iran..."
ULASAN: Iran bukanlah ancaman buat AS, tapi sebenarnya sekutu yang paling dipercayai di Timur Tengah. AS-Israel tidak akan sampai bila-bila pun menyerang Iran walaupun terang-terangan mereka membangun senjata nuklear. Kerana apa? Kerana Iran sebenarnya sekutu rapat AS (walaupun ditonjolkan sebagai anti-AS).
Cuba bawakan kepada kami sudah berapa operasi yang dilakukan oleh Iran mahupun Hizbullah untuk menghalau Israel daripada bumi Palestin? Dan pula HAMAS telah menukarkan pusat operasinya yang pada awalnya berada di Syria ke tempat lain
ekoran tidak bersetuju terhadap tindakan ganas yang diambil oleh rejim Basyar terhadap rakyatnya.
Gerakan HAMAS mengakui telah menasihati rejim Syria agar tidak mengasari rakyat pada awal kebangkitan, tetapi ia tidak diendahkan oleh rejim tersebut seperti yang dinyatakan oleh jurucakap rasmi pergerakan tersebut, Sami Abu Zuhri.
Sebelum itu juga, Ketua Biro Politiknya Khaled Mash'al menolak untuk bertemu dengan Basyar walaupun diatur oleh Ketua Perisikan negara itu. Wajar disebutkan, pendirian HAMAS juga jelas apabila menolak untuk menandatangani kenyataan beberapa kumpulan Palestin yang menyokong Basyar dan menolak menyertai himpunan menyokong Basyar yang diadakan di khemah-khemah pelarian Palestin sebelum daripada ini.
5) "..Jangan kerana terlalu ekstrim dengan mahzab Sunnah Wal Jamaah, kita terpengaruh dengan agenda Amerika Syarikat-Israel untuk mewujudkan new world order..."
ULASAN: Kenyataan penulis ini sangat diragui. Ahli Sunnah wal Jamaah bukan Mazhab, tetapi pegangan dan i'tiqad. Isu ini bukan pertembungan mazhab beraliran dan yang bertopengkan agama, tetapi ia pertembungan antara Iman dan kufur. Bagaimana boleh tentera pro Bashar memaksa rakyat Syria sujud dan menyatakan kalimah kufur "laillahaila bashar".
Kami juga sudah menyiarkan banyak artikel berkenaan pegangan dan aqidah Syiah Nusairiyyah. Antaranya boleh rujuk pautan ini : http://goo.gl/0gXof
-----
Nasihat kami :
1. Dapatkan maklumat daripada sumber primer untuk memahami situasi yang berlaku.
2. Rujuk juga tulisan-tulisan berbahasa Arab dari timur tengah untuk tahu situasi sebenar. Kalau rujuk tulisan dari Barat semata-mata, tidak menggambarkan keadaan sebenar, dan bias.
3. Teruskan gerak kerja kita untuk membantu kebangkitan rakyat Syria dengan doa, sumbangan dan sebaran maklumat kita.
4. Hati-hati dengan anasir-anasir Syiah yang cuba mengelirukan isu yang berlaku di Syria.
5. Tunjukkan sokongan kita kepada mana-mana pihak mahupun NGO yang ingin membantu rakyat Syria.
6. Jika ada sebarang persoalan ataupun kemusykilan, boleh inbox kepada kami. Insya-Allah kami akan cuba jelaskan.
Teruskan doa kita, insya-Allah semoga Allah merahmati kita semua
Rujuk jawapan di pautan asal di sini.

p/s: Amin Iskandar nampaknya jahil dengan apa yang sebenarnya sedang berlaku di Syria. Beliau juga nampaknya jahil sehingga gagal membezakan antara mazhab dengan aqidah (pegangan atau i'tiqad). Timbul persoalan dalam kepala Penulis, apakah Amin Iskandar ini seorang Sunni atau Syiah? Wallahua'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...