Monday, June 11, 2012

Pemuda PAS Tubuh Pasukan Khas Isu Syria

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menubuhkan pasukan khas bagi membantah kekejaman dan penindasan regim Bashar Assad ke atas rakyat Syria.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan, pasukan khas yang dipengerusikan Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa itu secara konsisten akan merayu kerajaan Syria menghentikan tindakan kejam ke atas rakyatnya.

"DPPM merayu kerajaan syria supaya mengasihani rakyat mereka terutamanya orang tua, wanita dan kanak-kanak," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Pasukan khas itu juga katanya mendesak Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) segera campurtangan bagi menangani krisis di Syria.

Selain itu, mereka mengecam keras campurtangan luar ke atas Syria sehingga mencetuskan perang saudara yang rumit untuk diselesaikan.

"DPPM juga mendesak kerajaan Malaysia menutup kedutaan syria dan memberi tekanan kepada mereka agar tidak boleh beroperasi di negara ini, sehingga kekejaman dihentikan," katanya lagi.

Semalam, kira-kira seratus orang menyertai demontrasi anjuran DPPM di hadapan kedutaan Syria selepas solat Jumaat.

Mereka menggesa kerajaan Malaysia segera menutup kedutaan syria dan menghalau duta Syria ke Malaysia.- Parti Islam SeMalaysia

1 comment:

Faruq said...

PAS perlu tubuhkan pasukan tentera sendiri, siap dengan senjata-senjata seperti senapang, bom, peluru berpandu dan lain-lain. Jet2pejuang pun perlu ada. Jangan pedulikan orang-orang BN.

BN memang pengecut dalam isu Syria. Nak hantar tentera pun takut. Asyik duk ingat tanah melayu merdeka 55 tahun dulu saja...Sekali tentera Syria datang ke tanah Melayu ni baru padan muka mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...