Friday, June 8, 2012

Cuti-Cuti Di Bukit Keluang Beach Resort

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SEMPENA cuti persekolahan 2 minggu ini, Penulis dan isteri pada awalnya merancang untuk membawa anak-anak bercuti di Bukit Gambang Water Park, Pahang. Tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, rancangan tersebut terpaksa ditangguhkan dulu.

Untuk tidak menghampakan anak-anak yang memang dah ghairah sangat nak pergi bercuti di Bukit Gambang Water Park (maklum sajalah tak pernah sampai lagi kat situ), Penulis dan isteri mengubah lokasi percutian tersebut. 

Setelah menziarahi nenek Penulis (moyang kepada anak-anak Penulis) di Kampung Gong Badak, Kuala Terengganu dan bermalam selama satu malam di sana, Penulis sekeluarga ke Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu. Walaupun ini bukanlah kunjungan yang pertama kami ke Bukit Keluang, tapi nampak gayanya, anak-anak Penulis tetap gembira dapat bermain-main di Pantai Bukit Keluang.

ini bukan 'Penanggal'

bergambar bersama satu-satunya moyang yang masih ada

sentiasa 'exited' bila masuk saja ke bilik mana-mana resort atau hotel

entah apa yang jadi perhatian budak bertiga ni..

posing depan sebuah gua di Pantai Bukit Keluang
Namun begitu, kunjungan kali ini Penulis tertarik pada satu benda yang terdapat di dalam bilik resort Bukit Keluang. Tak pastilah kalau benda ni memang dah ada sebelum ini tapi Penulis saja yang tidak perasan. Apa benda itu? Tengoklah sendiri gambar di bawah.

apa yang menariknya dengan air minuman ini?

masih tak nampak lagi apa yang menariknya dengan air minuman ini..

laa.. 'Air Kelantan' ruper-rupernyer...
Rupa-rupanya 'Air Kelantan' ni selamat diminum. Siap diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia lagi. Habis tu kenapa yang kecoh-kecoh kata air Kelantan tak selamat diminum? Kalau tak selamat, kenapa Kementerian Kesihatan Malaysia luluskan? Dan kalau air Kelantan tak selamat diminum, kenapa pengurusan Resort Bukit Keluang tak amik bekalan dari Syarikat Air Terengganu? Aah.. korang pikirlah sendiri....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...