Tuesday, June 19, 2012

Bangsa Melayu Memang Bangsa Yang Berani

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

TENGKU MAHKOTA JOHOR, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru dilaporkan dalam laman twitter peribadi baginda melahirkan rasa sedih dan kesal dengan sikap segelintir masyarakat Melayu sendiri yang cuba menjatuhkan institusi raja. Ketika menzahirkan pandangan itu, baginda turut menyuarakan rasa bimbang terhadap nasib masyarakat Melayu sekiranya negara ini menjadi seperti Singapura. Rujuk sini 

Pandangan baginda tersebut dizahirkan di sebalik isu berkenaan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan dengan pembidaan plat nombor pendaftaran oleh Sultan Johor, masih hangat dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Penulis sebenarnya tidaklah rasa hairan dengan apa yang dikatakan baginda sebagai sikap segelintir masyarakat Melayu tersebut. Ini adalah kerana, bangsa Melayu memang terkenal dan terbukti mempunyai sikap atau sifat berani. Bukan Penulis nak kata bangsa lain sebagai penakut, tapi dalam sesetengah perkara, keberanian bangsa Melayu ini sedikit lebih dari bangsa lain.

Bangsa Melayu (sebahagian besar) sememangnya terkenal dengan sikap berani sejak dari dahulu lagi. Penulis senaraikan sebahagian dari sikap berani yang dimiliki bangsa Melayu tersebut:-
1) Datuk Laksamana Hang Tuah 5 bersaudara ketika masih kanak-kanak berani menentang lanun. (Lain-lain budak ada berani kah?)
2) Datuk Laksamana Hang Tuah 5 bersaudara berani menentang orang mengamuk yang cuba membunuh Datuk Bendahara ketika mana hulubalang-hulubalang lain 'Ca Alif But' lari.  
3) Datuk Laksamana Hang Tuah juga berani menentang hulubalang terkenal Majapahit iaitu Taming Sari ketika bersama rombongan Sultan ke Majapahit untuk mengahwini puteri Maharaja Majapahit.
4) Datuk Laksamana Hang Tuah lagi berani bawak lari anak dara dan tunangan orang untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka untuk dijadikan isteri Sultan.
5) Datuk Laksamana Hang Jebat berani menDERHAKA kepada Sultan Melaka demi untuk membela Datuk Laksamana Hang Tuah yang disangka mati dihukum bunuh oleh Sultan kerana fitnah. 

Itu sebahagian dari keberanian bangsa Melayu ketika zaman dahulukala. Keberanian bangsa Melayu tidak terhenti disitu. Kita tengok betapa beraninya bangsa Melayu ketika permulaan penjajahan British di Tanah Melayu. Contohnya keberanian Datuk Maharaja Lela memimpin penentangan bangsa Melayu terhadap penjajahan British di Perak, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau (Pahang), Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong (Terengganu), Tok Janggut (Kelantan) dan lain-lain lagi.

Bila berlakunya Perang Dunia Ke 2 dan Tanah Melayu dijajah pula oleh Jepun setelah British menyerah kalah, bangsa Melayu ini tetap dengan keberanian mereka. Contohnya korang pernah tak dengar kisah keberanian Leftenan Muda Adnan Saidin. Beliau adalah anak Melayu pertama yang berjaya menjawat jawatan tinggi dalam Angkatan Tentera British di Tanah Melayu. Beliau berani memimpin pasukan tentera Melayu menentang tentera Jepun hingga ke titisan darah yang terakhir.

Bila Jepun kalah Perang Dunia Ke 2 dan British datang balik ke Tanah Melayu menyambung penjajahan mereka, Pasukan Komunis Malaya (PKM) pulak buat taik kat Tanah Melayu. Siapa yang berani lawan komunis ni? Bangsa Melayu jugak.

Dalam era penjajahan tersebut, cuba kita 'flashback' balik siapa yang berani berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu? Bangsa Melayu jugak kan? Maka lahirlah beberapa pemimpin dan kumpulan terutamanya dari bangsa Melayu untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dalam hal ini, ada yang perasan bahawa kumpulan atau kelompok (melayu) mereka saja yang memperjuangkan kemerdekaan dan menafikan perjuangan kumpulan atau kelompok dari bangsa yang sama untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Bila Tanah Melayu dah berjaya mencapai kemerdekaan dan sekarang ni dikenali sebagai Malaysia, bangsa Melayu ni tetap tak boleh menghilangkan darah keberanian mereka. Cuba tengok sebahagian dari keberanian bangsa Melayu yang Penulis senaraikan di bawah ini:-
a)  Pemimpin Melayu Malaysia berani membangunkan negara.
b) Pemimpin Melayu Malaysia berani mencuba membuat perubahan.
c) Pemimpin Melayu Malaysia berani mencuba menyaingi kemajuan teknologi negara lain.
d) Pemimpin Melayu Malaysia berani menghapuskan kekebalan Raja-Raja Melayu. Pemimpin dari bangsa lain mana ada berani bro. Mereka hanya berani tengok dan diam  saja. Dalam hati mereka mungkin berkata, "Haiyya!! manyak gila ini olang, sendili punya laja pun belani kasi hantam. Wa tatak belani maa.."
e) Pemimpin Melayu Malaysia berani menabalkan raja lain di bawah pokok Ketapang di Ketereh, Kelantan.
f)  Pemimpin Melayu Malaysia berani telefon Timbalan Yang DiPertuan Agong dan ugut nak heret atas jalan serta humban dalam kawah kalau tak mahu sign pindaan Perlembagaan bersabit Kekebalan Raja-Raja Melayu. 
Banyak lagilah kebaranian bangsa Melayu ni kalau nak disenaraikan semua. Mungkin tak habis-habis kalau nak listkan semuanya sekali. Tapi ada keberanian bangsa Melayu yang paling gila dan paling Penulis takutkan sekali.. Apa dia?
- Melayu mengaku beragama Islam tapi cukup berani ingkar perintah dan larangan Allah SWT dan Rasulullah s.a.w. Contohnya dedah aurat, main judi, minum arak, berzina, bergaul bebas lelaki/perempuan dan lain-lain lagi.
- Melayu mengaku beragama Islam tetapi berani menentang syariat Allah SWT dan Rasulullah s.a.w.
- Melayu mengaku beragama Islam tetapi berani hina hukum Hudud Allah SWT.
- Melayu mengaku beragama Islam tetapi berani kata larangan judi tiada dalam Al-Qur'an.
- Melayu mengaku beragama Islam tetapi berani kata hukum Hudud tiada dalam Al-Qur'an sebaliknya hanyalah ciptaan ahli fiqh sahaja.
- Melayu mengaku beragama Islam tetapi berani kata hukum tutup aurat sebab zaman nabi orang arab kuat nafsu dan suka rogol dan bunuh perempuan.
- Melayu mengaku beragama Islam tetapi berani kata hukum Islam akan menyebabkan negara jadi mundur.

Banyak lagi yang berani dibuat oleh bangsa Melayu ini. Jadi rasanya tak perlulah Tengku Mahkota Johor rasa pelik dan hairan.

Akhir kata dari Penulis, kalau boleh tu, 'faham-faham sendirilah'. Penulis dah luahkan apa yang patut Penulis luah dan katakan. Mungkin akan ada yang terasa tapi memang Penulis nak bagi terasa pun. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "KATA BIAR TERASA."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...