Monday, May 7, 2012

Jadilah Hamba Yang Bersyukur

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SUATU hari, sedang Sayidina Umar bin al-Khattab berjalan-jalan, beliau terdengar seorang lelaki berdoa. Do'anya: "Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan yang sedikit."
Sayidina Umar kehairanan lalu bertanya kepadanya: "Do'a apakah ini?"
Beliau menjawab: "Sesungguhnya aku pernah mendengar firman Allah SWT yang bermaksud; 'Sememangnya, sedikit sekali daripada kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur.' Maka, aku berdo'a agar Allah menggolongkan aku daripada golongan yang sedikit itu."

Mendengar penjelasan lelaki tersebut, Sayidina Umar berkata: "Masih ada lagi orang yang lebih mengetahui daripada Umar (beliau sendiri)

Betapa tuntutan bersyukur ini benar-benar dihayati oleh lelaki itu sehingga beliau berdo'a agar beliau digolongkan sebagai orang yang bersyukur. Begitu juga dengan sifat tawadhuk yang ditunjukkan oleh Sayidina Umar apabila beliau mengakui ada juga perkara yang tidak beliau ketahui berbanding lelaki tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...