Tuesday, April 17, 2012

Yang Ditiru Dan Tak Mampu Ditiru

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERDANA MENTERI, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dalam usaha beliau untuk menaikkan imej beliau di mata masyarakat telah mencuba dan melakukan pelbagai kaedah termasuklah melakukan (meniru) apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Antara peniruan yang dilakukan oleh Najib adalah:-

Tiru TGNA naik bas

Lagi peniruan yang dilakukan:-

DSAI bonceng motosikal
Najib bonceng motosikal jugak
TGNA makan macam rakyat
Najib pun makan jugak
TGNA ambil wudhu'
Najib ambil wudhu' jugak
Itu sebahagian perbuatan yang telahpun ditiru oleh Najib untuk menggambarkan kepada rakyat bahawa "Aku jugak boleh buat macam yang korang buat." Namun begitu masih banyak perkara yang belum ditiru oleh Najib dan mungkin tak akan mampu untuk ditiru oleh beliau. Antaranya adalah:-

Hirup kuah dalam pinggan ikut sunnah Nabi s.a.w
Sambung kerja Nabi s.a.w menyampaikan da'wah Islamiah
Mengimamkan bacaan do'a
Mengimamkan solat berjema'ah
Tinggal di rumah sederhana
Dihormati ulama' luar negara
Itulah sebahagian corak kehidupan yang mungkin tidak mampu untuk ditiru dan diikuti oleh Najib terutamanya jika hendak dibandingkan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain lain lagi yang sentiasa hidup dalam keadaan berpandukan Al-Qur'an, as-Sunnah dan Ijma' Ulama'. Bukan untuk mendewa-dewakan pemimpin-pemimpin berjiwa besar dan sentiasa tunduk pada aturan Allah ini, tetapi hakikatnya itulah penghormatan yang layak diberikan kepada pemimpin-pemimpin sebegini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...