Thursday, April 5, 2012

Panduan Untuk Ketua / Pemimpin Atau Bakal Ketua / Pemimpin

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

SEDIKIT panduan untuk diri sendiri dan ketua-ketua atau bakal ketua. Seorang ketua yang baik dia akan bersedia untuk menerima pandangan / pendapat / kritikan dari orang bawahan dengan hati yang terbuka tanpa sedikitpun timbul rasa sombong / riak atau sakit hati.

Anda seorang ketua di tempat kerja atau organisasi. Tapi adakah anda boss atau pemimpin?

  1. Seorang BOSS menciptakan rasa takut dalam diri anak buahnya. Manakala seorang PEMIMPIN pula membangunkan kepercayaan dalam diri anak buahnya. 
  2. Seorang BOSS mengatakan "Saya". Manakala seorang PEMIMPIN pula mengatakan "Kita"
  3. Seorang BOSS tahu bagaimana pekerjaan mesti dilakukan. Manakala seorang PEMIMPIN pula tahu bagaimana suatu karier harus diperkembangkan.
  4. Seorang BOSS mengutamakan kepada kekuasaan. Manakala seorang PEMIMPIN pula mengutamakan kerjasama.
  5. Seorang BOSS mengarah. Manakala seorang PEMIMPIN pula memimpin.
  6. Seorang BOSS menyalahkan. Manakala seorang PEMIMPIN pula menyelesaikan masalah dan memperbaiki kesalahan.
  7. Seorang BOSS menguasai 10% pekerja bermasalah. Manakala seorang PEMIMPIN pula menguasai 90% pekerja kooperatif.
  8. Seorang BOSS menyebabkan tumbuh perasaan dendam. Manakala seorang PEMIMPIN pula memupuk keghairahan yang tumbuh pada pekerja untuk mencapai sasaran.
  9. Seorang BOSS menyebabkan pekerjaan menjemukan kepada pekerja. Manakala seorang PEMIMPIN pula menyebabkan pekerjaan menyenangkan atau menarik.
  10. Seorang BOSS melihat masalah sebagai musibah yang akan menghancurkan perniagaan. Manakala seorang PEMIMPIN pula melihat masalah sebagai kesempatan yang dapat diatasi staff yang bersatu padu, dan berubah menjadi pertumbuhan.
  11. Seorang BOSS berkata , "Pergi". Manakala seorang PEMIMPIN pula berkata, "Jom kita pergi / ikut saya".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...