Tuesday, April 17, 2012

Orang Asli luar Kelantan demo depan pejabat MB

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KOTA BHARU, 17 April: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendedahkan demontrasi Orang Asli yang diadakan di Kompleks Kota Darulnaim baru-baru ini bukan di kalangan masyarakat Kelantan.

Demo Orang Asli di depan pejabat SUK Kelantan baru-baru ini
Katanya, Orang Asli luar Kelantan telah digunakan pihak tertentu kononnya untuk menyerahkan memorandum kerana tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri.

“Saya tahu pihak mana yang menghantar Orang Asli untuk berdemo di luar pintu pagar SUK, tapi saya tidak mahu dedahkan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Ijtima’ Almala’ anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo negeri tengahari tadi.

Beliau tidak menolak kejadian itu disebabkan kerana iri hati terhadap golongan mereka yang ada di Kelantan.

Katanya, tidak ada sebab beliau perlu menyelesaikan masaalah Orang Asli di luar Kelantan, apa lagi semua tuntutan hak mereka telah lama diperolehi oleh golongan itu di negeri ini.

“Masalah Orang Asli di negeri-negeri lain sewajarnya di selesaikan oleh negeri masing-masing,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas demontrasi aman golongan berkenaan disamping menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahad lalu kira-kira 300 masyarakat Orang Asli berhimpun di depan hadapan Pejabat SUK bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang dikatakan berdiam diri terhadap pengambilan tanah adat mereka.

Mereka telah berkumpul sejak awal 9.00 pagi sambil membawa pelbagai kain rentang yang didakwa telah menderita di atas tindakan kerajaan negeri selama ini.

Sambung Tuan Guru, apa yang berlaku sebenarnya masyarakat berkenaan telah memohon maaf di atas apa yang berlaku sebelum ini, iaitu menyaman kerajaan negeri berhubung kes Ladang Rakyat.

“Bukan itu sahaja mereka juga telah menarik balik dakwaan yang telah dikenakan terhadap kerajaan negeri sebelum ini,”ujarnya.


p/s: Lojik juga kalau orang asal yang berdemo ni adalah orang asal dari luar terutamanya dari Pahang dan Perak, sebabnya kedua-dua negeri ini adalah negeri jiran Kelantan. 

Mungkin juga orang asal yang berdemo ni betul-betul ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengatakan kawasan tempat tinggal mereka adalah dalam negeri Kelantan padahal kemungkinan besar kawasan tempat tinggal mereka berada di luar Kelantan (Pahang atau Perak)

Kita tidak tahu, sebab orang asal ni manalah ada pengetahuan berkenaan  sempadan-sempadan negeri yang memisahkan antara Kelantan dengan Pahang dan sempadan Kelantan dengan Perak. Jadi kalau benar orang asal yang berdemo ini bukannya orang asal Kelantan, maka wajarlah mereka melakukan demo tersebut di Pahang atau Perak pula bagi menuntut hak mereka. Takkanlah pula Menteri Besar Kelantan nak selesaikan masalah rakyat negeri lain pula...  Nonsense!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...