Sunday, April 15, 2012

Malaysia Yang Aman Damai (3)

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wanita rentung dalam lubang
SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI
15 April 2012 
KULIM - Seorang wanita ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dibakar di dalam lubang, kira-kira 30 meter dari tepi jalan utama menuju Bukit Putih dekat sini, jam 10.15 malam kelmarin.

Mayat mangsa dipercayai berusia 20-an dibakar dalam lubang sedalam hampir satu meter dengan tangannya diikat.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam yang menemui mangsa dalam kea­daan terbakar.

Menurutnya, daripada pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis tidak menemui sebarang pengenalan diri.

“Selepas menerima maklumat dari orang awam, polis datang ke tempat kejadian dan mendapati mayat mangsa masih lagi terbakar. Mayat yang ditemui ini didapati terbakar 100 peratus.

“Sehingga kini polis tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa dan meminta sesiapa yang mempunyai sebarang kenyataan tentang mangsa dan kejadian ini dapat berhubung terus dengan polis.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa dibawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang berada di tempat kejadian berkata, polis akan menyiasat kes ini dan menahan suspek dengan segera.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...