Sunday, April 22, 2012

Jangan Tangguhkan Bertaubat

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DICERITAKAN ada seorang lelaki yang tinggal di Kota Baghdad, Lelaki ini pernah di dalam keadaan yang berdosa dan apabila ketika dia meninggal dunia dengan keadaan dosa-dosa yang banyak. Pada ketika itu juga dimana tiada seorang pun yang datang untuk memandikan jenazah dan melaksanakan solat jenazah untuknya.

Di waktu mana isterinya datang meminta orang di sekitar kampung untuk melakukan solat bagi suaminya. Lalu katalah isteri lelaki itu, “Datanglah untuk memandikan dan menyembahyangkan jenazah suamiku”.

Tapi tiada seorang pun yang datang, lalu isterinya berada di tepi jalan dan meminta kepada orang ramai supaya menyembahyangkan suaminya. Pada petang harinya, isterinya membawa dan mengheret suaminya ke hujung kota yang terdapat bukit dan ada sebuah rumah di atas bukit tersebut untuk mengebumikan suaminya.

Tiba-tiba dihujung bukit itu terdapat seorang alim yang soleh, kemudian dia turun dan melihat seorang perempuan yang sedang mengebumikan jenazah suaminya, lalu alim yang soleh itu bertanya, “jenazah suami kamu?” Isteri itu menjawab, “Ya jenazah ini adalah suamiku”. Lalu orang alim yang soleh ini mengangkat takbir untuk menyembahyangkan jenazah suami perempuan tersebut dan ketika orang alim yang soleh itu mengangkat takbir. Lalu diketahui oleh penduduk Kota Baghdad, kemudian penduduk sekitar datang dan menyembahyangkan jenazah tersebut dan apabila mereka selesai melaksanakan solat jenazah.

Mereka bertanya kepada orang alim yang soleh ini, “Kenapa kamu menyembahyangkan jenazah lelaki ini sedangkan dia banyak buat dosa?” Lalu orang alim ini berkata “Aku bermimpi semalam, pada petang ini akan datang satu mayat yang akan dibawa oleh seorang perempuan, sesungguhnya Allah SWT telah mengampunkan dosa orang tersebut dan Allah mengarahkan aku menyembahyangkan jenazah tersebut”. Lalu orang ramai bertanya lagi, “Apa yang menyebabkan Allah SWT mengampunkan dosanya dan bagaimana Allah boleh mengampunkan dosanya?.“ Kemudian orang alim tersebut menjawab, “Saya pun tak tahu bagaimana Allah SWT boleh mengampun dosa lelaki itu”

Orang alim tersebut bertanya pula pada isteri jenazah tersebut , “Apa yang menyebabkan Allah SWT mengampun dosa-dosa suami kamu?” Isteri tadi terdiam dan kemudian menjawab, “Sesungguhnya suamiku seperti yang kalian tahu, dia adalah orang yang melakukan kezaliman, minum arak sehingga mabuk. Terdapat 3 amalan iaitu ketika pagi subuhnya dia mendengar azan subuh, lalu dia bangun dan mandi dan sembahyang subuh berjemaah”. Amalan kedua suami saya tiap-tiap hari, akan datang anak yatim piatu kemudian suami saya akan layan mereka lebih dari anaknya sendiri. Ketiga suami saya apabila terjaga diwaktu tengah malam walaupun mabuk, dia akan bangun dan akan solat sunat. Dia sujud dan dia menangis pada Allah. Kemudian dia mengangkat tangan nya dan berkata ”Disudut neraka manakah yang kamu akan bakarkan aku, Ya Allah? Dengan dosa-dosa yang mengunung ini Ya Allah?”.

Lalu jawab alim yang soleh ini, “Kerana inilah dosa suami kamu diampun oleh Allah SWT”.
[Al-Imam Ghazali dalam kitab nya "Di balik Tabir Kematian"]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...