Wednesday, April 25, 2012

Datang Rumah Orang Tu Hormatlah Pada Tuannya..

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Nik Aziz: 'Helo menteri Pusat, jemput ke pejabat saya jika lawat Kelantan' 
25 April 2012 

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita kerana menteri-menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pusat yang datang ke negeri itu tidak pernah mengunjungi pejabat beliau kecuali dua anggota Kabinet.

Nik Aziz berkata, Kelantan adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang menteri besar, yang seharusnya menteri atau timbalan pusat mengunjunginya selaku ketua kerajaan di negeri yang mereka lawati.

“Dia nak datang tu, datanglah, (Kelantan) tetapi kalau boleh datanglah ke pejabat menteri besar, sebab dia ada kerajaan dan ada ketuanya sendiri.

“Sejak saya menjadi menteri besar hampir 22 tahun ini, hanya ada dua orang menteri sahaja yang bersedia datang bertemu saya, baik dia iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nazri Aziz.

“Seorang lagi yang sempat bertemu saya bekas Menteri Pertanian, kalau tak silap saya bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, orang lain tak datang,” kata beliau dipetik Harakah Daily semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan awal Mei ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Nik Aziz mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1990.

Ketika ditanya adakah lawatan itu ada kaitan dengan pilihan raya semakin hampir, beliau berkata, terpulanglah kerana pilihan raya atau sebaliknya, sebab Pas sendiri turun ke seluruh negara khususnya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya.

“Tetapi soalnya sekarang rakyat mesti faham untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang ditadbir Pas apa dosa yang telah dilakukan oleh parti Islam ini,” ujarnya.

Tambah Nik Aziz, perjuangan Pas menarik manusia kembali pada ajaran ALLAH yang sebenar.

Mursyidul Am Pas ini berkata, selepas manusia mati sudah pasti akan dibangkitkan semula sama ada mahu atau sebaliknya tetap akan dihidupkan semula.

Sambil merujuk surah Yaasin ayat 51 dan 52, Nik Aziz berkata, setiap manusia yang mati akan dihidupkan semua untuk menerima pembalasan di akhirat.

Oleh itu jelas beliau, Pas telah membawa ajaran yang selari dengan Islam kerana ianya menjadi tanggungjawab perjuangan umat Islam.  Sinar Harian

Komen Penulis:- Lain kali kalau datang ke negeri orang, jumpalah dengan Menteri Besar/Ketua Menterinya dulu. Setiap negeri ada ketuanya sama macam rumah jugak. Jaga adab bila datang berziarah. Jangan nak main redah saja masuk rumah orang tanpa minta izin. Jangan jadi macam pencuri/penyamun, main redah masuk rumah orang tanpa izin.

Tak kiralah kamu tu PM ke TPM ke, aku peduli apa. Jangan ingat pangkat korang atas dunia ni besar, korang tak payah nak hormat pada orang lain. Dah lama sangat aku dok perati peel perangai korang ni. Memang biadab dan tak reti nak hormat orang lain. Ingat sikit, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tu rakyat yang pilih, bukannya suka-suka hati dia nak dok kerusi MB. So tolong hormat sikit dengan MB pilihan majoriti rakyat. Karang, kalau orang kata korang bodoh, nanti korang rasa hati pulak walhal korang ni memang bodoh. Simpan sikit bodoh korang tu, jangan nak tunjuk semua sekali kat orang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...