Tuesday, March 13, 2012

Sa'ad Bin Abi Waqqas

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SA'AD IBN ABI WAQQAS merupakan bapa saudara kepada Nabi Muhammad S.A.W. dari sebelah pihak ibunya iaitu Aminah binti Wahab yang merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Makkah. Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat.Beliau memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun.

Pekerjaan beliau semasa di kota Makkah adalah pembuat busur dan anak panah. Kerana itu, dia juga cekap dalam kemahiran memanah.

Sa'ad juga pernah dipukul dengan teruk oleh para pemuda Makkah lantaran pengisytiharannya memasuki Islam. Malahan ibunya juga mengugut untuk tidak mahu makan jikalau beliau tidak mahu menjadi kafir semula, namun Sa'ad tetap teguh dengan aqidahnya dgn menjawab "Walaupun ibu mempunyai seribu nyawa dan nyawa ibu itu ditarik satu persatu yakni , aku tetap dengan agamaku ini".

Sa'ad merupakan sahabat yang berjasa besar dalam mengetuai tentera Islam untuk melumpuhkan seluruh kekuatan angkatan perang Parsi. Kerana kejayaannya menewaskan tentera Parsi dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang al-Qadisiyyah, Sa'ad digelar Pahlawan Qadisiyyah.

Ketika pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga, Uthman bin Affan, Sa'ad dilantik untuk mengetuai rombongan umat Islam ke tanah besar China untuk menyebarkan agama Islam di sana sekaligus menyebabkan Sa'ad dikenali sebagai perintis kepada pemulaan tamadun Islam di China.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...