Friday, February 10, 2012

Sultan Kelantan

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SULTAN KELANTAN atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan (nama baginda), Sultan Kelantan dan Jajahan Takluknya, merupakan pemerintah kerajaan negeri Kelantan di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia. Kerajaan negeri Kelantan meliputi sempadan Siam di selatan Sungai Golok, timur Banjaran Titiwangsa sehingga ke Besut di sempadan Kelantan-Terengganu.


Senarai Raja / Sultan Kelantan
Raja
  • 1183-1233: Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhusana Varma Deva Brahma
  • 1233-1253: Maharaja Suran (Raja Surendra)
  • 1253-1267: Maharaja Thilam (Raja Tilam)
  • 1267-1296: Paduka Maharaja Sri Sakranta (Raja Zainuddin)
  • 1296-1318: Paduka Maharaja Sri Sang Tawal (Raja Abdullah)
  • 1318-1348: Raden Galuh Gemerenchang Paduka Che Siti Wan Kembang I (Raja Kelantan-Selatan)
  • 1335-1391: Paduka Sri Maharaja Bharubhasa (Sultan Mahmud Jiddah Riayath Sa'adat us-Salam)
  • 1391-1418: Raja Kumar (Maharaja Kumara Raden Mas Ariya di'Gunung), Sultan Baki Shah
  • 1418-1465: Sultan Iskandar
  • 1522-1526: Sultan Mansur Shah (Kelantan)
  • 1526-1547: Sultan Gombak ibni Almarhum Sultan Mansur Shah
  • 1547-1561: Sultan Ahmad Shah
  • 1561-1565: Sultan Ibrahim
  • 1565-1570: Raja Umar bin Raja Ahmad
  • 1570-1579: Sultan Ibrahim
  • 1579-1597: Sultan Adiluddin
  • 1597-1602: Sultan Muhammad
  • 1602-1605: Sultan Adiluddin
  • 1605-1616: Sultan Samiruddin
  • 1616-1637: Sultan Abdul Kadir
  • 1637-1649: Raja Sakti ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir
  • 1649-1663: Raja Loyor
  • 1663-1667: Raja Bahar
  • 1667-1671: Puteri Saadong
  • 1671-1676: Sultan Abdul Rahim
  • 1676-1721: Sultan Umar
  • 1721-1734: Long Bahar
  • 1734-1739: Raja Long Sulaiman (Kali pertama)
  • 1739-1746: (tiada maklumat)
  • 1746-1756: Raja Long Sulaiman (Kali kedua)
  • 1756-1758: Raja Long Pandak
  • 1758-1763: Raja Long Muhammad
 Sultan
  • 1765-1795: Long Yunus
  • 1795-1800: Tengku Muhammad
  • 1800-1835: Sultan Muhammad I
  • 1835-1836 (bersama): Sultan Muhammad II dan Long Zainal
  • 1835-1886: Sultan Muhammad II
* Tengku Puteri Long Sulong binti Sultan Muhammad II (berkahwin dengan Sultan Ahmad Tengah, kerabat Raja Trengganu)
* Tengku Nanik binti Sultan Muhammad II (berkahwin dengan Tengku Long Puteh ibni al-Marhum Tengku Long Muhammad, Raja Pattani)
* Tengku Long Abdul Ghaffar ibni al-Marhum Sultan Muhammad II (pewaris tahta, keturunan Long Yunus)
* Tengku Long Ahmad ibni al-Marhum Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Panglima Raja Kelantan)
* Tengku Iskandar ibni al-Marhum Tengku Long Ahmad Tengku Panglima Raja Kelantan
 Sultan Kelantan (Permulaan dari Keturunan Raja Trengganu)
  • 1886-1890: Sultan Ahmad (Tengah) ibni al-Marhum Raja Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur I Riayat Shah,Trengganu
  • 1890-1891: Sultan Muhammad III
  • 1891-1898: Sultan Mansur
  • 1898-1900: Sultan Mansur
  • 1900-1920: Sultan Muhammad IV
  • 1920-1943: Sultan Ismail
  • 1945-1960: Sultan Ibrahim Petra
  • 1960-1979: Sultan Yahya Petra
  • 1979-2010: Sultan Ismail Petra
  • 2010-kini: Sultan Muhammad V

Kerabat Diraja Kelantan
Sultan Kelantan melantik kerabat-kerabatnya ke jawatan Raja Bergelar untuk membantu pentadbiran negeri. Di antara jawtan Raja-raja bergelar itu ialah:
  • Raja Muda - Diwujudkan semasa zaman Sultan Muhammad I untuk bakal raja Sultan Kelantan. Diantara yang pernah memegang jawatan ini ialah Long Ismail, Long Jenal, dan Long Zainal Abidin (nenda Tengku Razaleigh Hamzah). Tidak semestinya Raja Muda menaiki takhta Kelantan. Sebagai contoh Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) ialah putera Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan ibni DYTM Long Yunus.
  • Tengku Sri Indra - jawatan bagi menggantikan Raja Muda. Diwujudkan semasa Sultan Muhammad III. Diantara yang pernah memegang jawatan ialah Sultan Muhammad IV, Sultan Ismail I, dan Sultan Ibrahim
  • Tengku Mahkota - Jawatan bagi menggantikan gelaran Tengku Sri Indra, diwujudkan semasa zaman Sultan Ibrahim. Putera sulung Sultan Ibrahim iaitu Tengku Abdullah memakai gelaran Tengku Besar Indra Petra manakala adiknya Tengku Yahya Petra menjadi tengku mahkota dan berjaya menaiki takhta Kelantan dengan gelaran Sultan Yahya Petra
  • Tengku Bendahara / Raja Bendahara Banggol
  • Tengku Temenggong
  • Tengku Laksamana - Tengku Abdul Halim Ibni Sultan Ibrahim
  • Tengku Panglima Raja - Tengku Long Ahmad Ibni Tengku Temenggong Long Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II
  • Tengku Sri Maharaja - Tengku Muhammad Hamzah bapa Tengku Razaleigh
  • Tengku Sri Utama Raja - Tengku Abdul Aziz bin Tengku Muhammad Hamzah
  • Tengku Sri Akar Raja - Raja Pattani terakhir Sultan Abdul Kadir Kamaruddin Syah yang dibuang negeri ke Kelantan dianugerahi gelaran ini oleh Sultan Muhammad IV. Tengku Abdul Kadir adalah dari keturunan Raja Muda Long Ismail ibni DYTM Long Yunus

Sultan Muhammad V
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V (lahir 6 Oktober 1969) adalah Sultan Kelantan ke-29, yang dimasyurkan pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Nama sebenar baginda adalah Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.


Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditahktakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, baginda kemudian dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra jatuh gering dan mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Di kalangan rakyat jelata Negeri Kelantan Darul Naim, baginda Sultan Muhammad V amat disayangi dan disanjung tinggi kerana baginda berjiwa rakyat. Di samping itu juga, baginda turut dikenali dan dihormati dengan watak baginda yang tidak meninggi diri dan berakhlak mulia serta mempunyai pegangan agama.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...