Friday, February 3, 2012

Lebih Elok Diharamkan Terus

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

BUTTERWORTH: Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS) Pulau Pinang mahu kerajaan negeri menguatkuasakan larangan penjualan arak di sekitar kawasan perayaan Thaipusam yang akan disambut pada 7 Februari ini.

Pengerusinya G Shanmuganathan berkata kerajaan negeri menerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

"Isu penjualan arak semasa sambutan Thaipusam bukan perkara baru, bila kita bangkitkan hal ini, pihak-pihak yang berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri, persatuan kuil dan persatuan peniaga sempena perayaan itu tidak mahu bertanggungjawab serta saling menolak antara satu sama lain.

"Bagi kami, kerajaan negeri menerusi Lembaga Pentadbiran Hindu yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri II P.Ramasamy dan pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan larangan berkenaan kerana mereka mempunyai kuasa terhadap perkara itu," katanya pada sidang akhbar disini hari ini.

Katanya sudah sampai masanya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan larangan berkenaan agar perkara-perkara yang tidak dingini seperti pergaduhan yang sering berlaku semasa perayaan berkenaan dapat ditangani.

"Kebanyakan anak muda yang minum cecair beralkohol itu gagal mengawal emosi akibat mabuk dan ini akan menganggu perjalanan perayaan Thaipusam," katanya. - Bernama
 
Komen:- Baguslah cadangan tersebut. Lagi bagus kalau diharamkan terus. Orang kalau dah minum benda alah tu memang kepala jadi tak betul, tak kiralah masa perayaan Thaipusam ke apa ke. Sebab itulah Islam haramkan arak. Jadi lebih elok haramkan terus arak. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...