Friday, February 10, 2012

Jajahan Tanah Merah

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

TANAH MERAH merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh.

Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara.

Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat.

Jajahan Tanah Merah Merangkumi Tiga Daerah Penggawa, iaitu:
  • Daerah Bukit Panau
  • Daerah Ulu Kusial
  • Daerah Jedok

Manakala Daerah Penggawa Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah Pada Tahun 1982 apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaikkan taraf sebagai Jajahan penuh pada tahun 1986.

Jumlah mukim di Tanah Merah ialah 43.

Bandar-bandar utama
  • Bandar Tanah Merah (Pusat)
  • Bandar Bukit Bunga
  • Bandar Gual Ipoh
  • Bandar Kemahang
  • Bandar Manal

Mengikut sejarah melayu, Tanah Merah merupakan Ibu Kota bagi Kerajaan Melayu lama iaitu Kerajaan Chi Tu. Mengikut rekod Kerajaan China Dinasti Sui. Pada kurun ke-7, terdapat satu penempatan dan pemerintahan berpusat Kerajaan yang di kenali sebagai Chi Tu (Bumi Merah) di satu kawasan yang mana pada hari ini dikenali sebagai Kelantan. 

Penduduk
Populasi penduduk Jajahan Tanah Merah pada 2005 adalah seramai 108,288 orang. Majoritinya ialah kaum Melayu iaitu sebanyak 90%, Cina sebanyak 5%, India sebanyak 1% dan lain-lain sebanyak 4%.
 
Ekonomi
Kawasan Tanah Merah boleh dikatakan rata, pamah terdiri daripada tanah aluvium yang sesuai ditanam dengan padi sawah. Sebahagian penduduk mengerjakan sawah padi.

Stesen keretapi Tanah Merah

Di Tanah Merah, terdapat Stesen keretapi Tanah Merah untuk kemudahan penduduk berulang-alik ke Kuala Lumpur, Gemas , Singapura dan lain-lain. Tren tempatan dari Tumpat ke Gua Musang akan juga singgah di sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...