Friday, February 10, 2012

Jajahan Pasir Mas Dan Tumpat

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jajahan Pasir Mas
PASIR MAS merupakan sebuah bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas, yang terletak dalam barat negeri Kelantan.

Terdapat sebuah hospital kerajaan di bandar ini yang dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985. Pembukaan Hospital Pasir Mas ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 3 Mei 1986 bersamaan dengan 24 Syaaban 1406 Hijrah. Dikalangan warga Pasir Mas, ia masih dikenali sebagai Hopital Lati.

Bandar ini menempatkan stesen keretapi Pasir Mas yang meghubungkan Gemas, Gua Musang dengan Tumpat. Sebuah pusat membeli-belah terletak di bandar ini iaitu Plaza Serangkai Mas. Bandar Pasir Mas berada di tebing sungai Kelantan. Sebuah bulatan menjadi perhubungsan jalan raya penting di pinggir bandar Pasir Mas yang menghubunglan Rantau Panjang, Tanah Merah dan Kota Bharu. Selain Stadium Sultan Mohammed ke IV di Kota Bharu terdapat satu lagi stadium di Kelantan iaitu Stadium mini di bandar Pasir /Mas ini

Bandar utama
Pasir Mas
Rantau Panjang
 
Jajahan Tumpat
TUMPAT ialah sebuah bandar utama di negeri Kelantan. Bandar ini terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan.

Tumpat merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Tumpat terletak di hujung Landasan Pantai Timur yang dijalankan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM). Lokasi strategik ini menjadikan Tumpat pusat pengangkutan utama di Kelantan.


Penduduk
Jumlah penduduk Tumpat ialah 140,989 orang (2005). Peratusan penduduk Melayu ialah 92%, Cina 3.7%, India 0.3%, dan lain-lain 4%.

Bandar utama
Tumpat
Palekbang
Pengkalan Kubur
Wakaf Bharu

Tempat menarik
Pantai Sri Tujuh
Pantai Suri
Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Info Geleri Tengku Anis
Pasar Besar Wakaf Bharu
Tokong Buddha

Tempat bersejarah
Istana Bukit Tanah
Bagunan Majlis Daerah Tumpat
Suluk Tok Selehor
Makam Tok Janggut
Masjid Kampung Laut
Kolah Masjid Kampung Laut
Mimbar Masjid Kampung Laut
Sungai Raja Gali Pasir Pekan
Jambatan Bijih Jubakar Pantai
Kubu British (1942) Tumpat
Rumah Api Tumpat
Pondok Agama Berangan
Pondok Agama Talak
Tugu Pendaratan Vietnam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...