Saturday, February 11, 2012

Jajahan Jeli Dan Gua Musang

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

JELI merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Beberapa kawasan utama di Jeli termasuklah Batu Melintang, Air Lanas dan Kuala Balah.

Pentadbiran Jajahan Jeli telah bermula pada 1hb. Julai 1982 sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan Jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai. Pada 1hb Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan Penuh. Sehingga hari ini Jajahan Jeli adalah sebuah jajahan yang terbaru di Negeri Kelantan.

Penduduk
Penduduk Jeli seramai 42,872 orang. Penduduk di daerah Jeli seramai 21,120 orang, penduduk di daerah Kuala Balah seramai 12,062 dan penduduk di daerah Batu Melintang seramai 9,690 orang. Kaum Melayu seramai 42,400 orang manakla Orang Asli seramai 472 orang. Peratusan penduduk Melayu ialah 97.7%, Orang Asli 1.1%, Cina 0.16%, India 0.09%, dan lain-lain 0.9%.

 
Bandar sempadan  
Jeli menjadi bandar sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Bandar Jeli hanya 100 km dari bandar Kota Bharu. Dari bandar Tanah Merah pula sejauh 50 km. Dari bandar Grik, Perak pula hanya 121 km sahaja melalui Lebuhraya Timur-Barat. Dari bandar Gua Musang pula hanya sejauh 115 km sahaja melalui Jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang. Dari bandar Kuala Krai pula hanya sejauh 132 km melalui Jalan Jeli-Pekan Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai. Dari Pekan Rantau Panjang pula hanya 45 km sahaja melalui Jalan Jeli-Panglima Bayu-Rantau Panjang.

Jeli mendapat jolokan 'bandar koboi latin'. Ia menjadi penghubung antara Grik, di Perak dan Kelantan, bahkan sebagai pusat yang menghubungkan sempadan Ban Buketa, Selatan Thailand dan Bukit Bunga melalui Jambatan Muhibbah. Pusat pemeriksaan Imigresen dan Kastam (CIQ) siap pada Ogos 2010 dengan kos RM47 juta. 

Jalan Perhubungan Utama

  • Lebuhraya Timur Barat(Kota Bharu- Jeli-Gerik) atau(Jalan Persekutuan 4)
  • Jalan Persekutuan 66(Jalan Jeli-Gua Musang)

Kawasan pelancongan menarik

  • Tasik Pergau, Lebuhraya Timur Barat
  • Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli
  • Kolam Air panas Jeli di Kampung Kolam Air Panas, Lebuhraya Timur Barat
  • Lata Janggut, Kuala Long, Jeli
  • Lata Renyok, Jalan Jeli-Dabong, Kg Renyok Jeli.
  • Lata Chenang, Jalan Jeli-Dabong, Kg Relak,Jeli

Jajahan Gua Musang
GUA MUSANG terletak di selatan negeri Kelantan Darul Naim dan bersempadan dengan daerah Kuala Lipis, Pahang.  Jajahan Gua Musang dikenali jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan. Merangkumi 3 DUN iaitu Paloh, Nenggiri atau dulunya Bertam dan Galas (Bandar Gua Musang). 

Walaupun berkedudukan di kawasan pedalaman dan agak terpencil, namun begitu jajahan ini tidak ketinggalan dalam arus kepesatan pembangunan.

Penduduk
Jumlah penduduk di Jajahan Gua Musang ialah 80,167 orang (2005). Peratusan penduduk Melayu ialah 76%, Cina 5%, India 1%, Orang Asli 13%, dan lain-lain (bukan warganegara) 5%.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...