Saturday, February 18, 2012

Hina Kelantan. Merafak Sembah Memohon Titah Perintah Al-Sultan Kelantan

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

UMNO-BN kini secara berterusan cuba untuk menjatuhkan maruah dan martabat negeri Kelantan. Terbaru (walaupun ianya bukan fitnah yang baru), Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri dalam kenyataannya di hadapan rakyat Sabah telah menghina negeri Kelantan sebagai negeri yang termiskin walaupun pada hakikatnya bukan Kelantan negeri yang termiskin. 

Penghinaan yang diluahkan oleh Najib, bertujuan untuk menghina pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS dan diterajui oleh Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Namun begitu secara tidak langsung, kenyataan Najib itu telah mengguris hati dan membangkitkan kemarahan sebahagian besar rakyat negeri Kelantan Darul Naim dan secara tidak langsung juga telah menghina kedaulatan negeri Kelantan yang diperintah oleh Ke Bawah Duli Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Tidak sukar untuk menelah tujuan penghinaan terhadap negeri, rakyat, pemimpin dan al-Sultan Kelantan oleh Najib adalah bertujuan untuk mengampu rakyat Sabah agar terus memberikan sokongan terhadap Barisan Nasional pada PRU13 yang bakal berlangsung.  Ini adalah kerana, Najib juga telah membuat kenyataan bahawa Sabah telah keluar dari status negeri termiskin.

Atas penghinaan yang telah dibuat oleh Najib dan pemimpin Umno BN yang lain, majoriti rakyat negeri Kelantan tidak dapat menerimanya dan menuntut serta mendesak agar Najib segera menarik kembali kenyataan penghinaan beliau itu.

Rakyat Kelantan juga mengharapkan agar Ke Bawah Duli al-Sultan Kelantan mengambil tindakan tegas terhadap Najib dan juga semua pemimpin Umno-BN yang telah menghina kedaulatan negeri Kelantan dan juga kedaulatan ke Bawah Duli Tuanku sendiri. Kami majoriti rakyat negeri Kelantan Darul Naim tidak dapat menerima penghinaan sebegini dan akan kami tuntut di Akhirat nanti di hadapan Yang Maha Kuasa.

Dengan penghinaan terhadap negeri Kelantan ini, seluruh rakyat Kelantan diseru agar  menjatuhkan hukuman keras terhadap Umno-BN pada PRU13 nanti. Berikan sepenuh undi anda kepada calon-calon Pakatan Rakyat dan PAS yang diterajui oleh Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...