Wednesday, February 15, 2012

Apa Hal Pulak PAS Nak Halang PM Jumpa Orang India?

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
PARTI MIC cuba untuk menghasut kaum India agar membenci PAS bilamana pengerusi MIC Kedah, S. Ananthan menuduh PAS membangkitkan isu kehadiran Perdana Menteri di Batu Caves pada perayaan keagamaan Thaipusam hanya bertujuan menyekat Perdana Menteri daripada menemui kaum India. Baca laporan di sini

Di samping itu juga S. Ananthan turut menuduh PAS anti kaum India dan menuduh PAS dan juga Pakatan Rakyat hanya mahu mempergunakan kaum itu untuk berkuasa.. Beliau turut mendakwa kehadiran PM membawa mesej positif kepada penganut agama Hindu khususnya kaum India, yang mana Perdana Menteri kali ini mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk Pusat Kebudayaan Kaum India.

Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh pengerusi MIC Kedah itu hanya menunjukkan bahawa MIC dan BN sebenarnya berada dalam keadaan gusar dengan kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir negara termasuklah kemampuan PAS mentadbir negeri Kedah itu sendiri sehinggakan beliau telah mengeluarkan dakwaan yang menyeleweng dari fakta sebenar.

Umum telah mengetahui bahawa isu kehadiran PM ke Batu Caves sebenarnya dibangkitkan oleh mufti kerajaan negeri Perak yang menyatakan kekecewaan beliau dengan tindakan PM dan isteri hadir pada upacara keagamaan Hindu yang mana beliau sifatkan sebagai menggadaikan akidah.

Jadi dalam soal ini sebenarnya tidak timbul langsung soal PAS nak menghalang PM dari bertemu dengan masyarakat India kerana mufti kerajaan Perak bukannya ahli atau pemimpin PAS. Beliau bercakap berdasarkan ilmu yang beliau ada dan penganut agama lain termasuk Hindu tidak ada hak untuk mempertikaikannya.

PAS juga tidak pernah sama sekalipun hendak menghalang siapa sekalipun untuk bertemu dengan kaum India ataupun kaum apa sekalipun kerana memang PAS tidak ada hak untuk menghalang. Cuma dalam isu ini yang dipersoalkan adalah masa dan tempat pertemuan itu.

PAS tidak kisah jika PM hendak mengumumkan peruntukan untuk Pusat Kebudayaan Kaum India, tapi apa perlunya pengumuman itu dilakukan di kuil dan pada masa perayaan keagamaan Hindu dijalankan. Bukankah tidak menjadi masalah kalau pengumuman tersebut dilakukan di tempat lain (kalau nak diumumkan pada hari Thaipusam). Ataupun PM boleh umumkan pada hari yang lain, tak kisahlah sebelum atau selepas Thaipusam.

Jadi dalam soal ini, rasanya MIC atau mana-mana parti yang mewakili kaum bukan Melayu tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. PAS bukannya nak sekat PM ataupun mana-mana pemimpin dari bertemu dengan kaum India atau mana-mana kaum sekalipun. Tak perlulah MIC nak bangkitkan isu perkauman pula kerana isu yang timbul ini bukannya isu perkauman sebenarnya tetapi ia lebih kepada isu melibatkan kemurnian agama Islam.

Kita nak tanya kaum Hindu, apa rasa kalian kalau ada pemimpin India yang beragama hindu contohnya Datuk S. Samy Vellu hadir pada majlis Solat Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha lepastu siap masuk dalam masjid lagi? Rasanya tentu orang hindu melenting sakan. Macam itulah juga apa yang umat Islam rasa bila PM dan isteri beliau yang mengaku beragama Islam masuk ke kuil hindu pada perayaan Thaipusam.

Kita memang sedar, orang Hindu atau mana agama yang bukan Islam bukannya pedulipun jika umat Islam rosak iman. Jadi tak salah juga kalau kami hendak pertahankan kemurnian iman umat Islam sebagaimana orang hindu nak menjauhkan orang hindu dari mendekati Islam.

Jadi dalam soal ini, MIC tak payah nak bising-bising. Tuduhan korang terhadap PAS tak relevan langsung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...