Tuesday, June 28, 2011

PM Dan TPM Belanjakan Hampir RM49 Juta Setahun Untuk Kediaman Rasmi

DALAM masa rakyat Malaysia semakin ditekan dengan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat tinggi hari ini, Perdana Menteri Malaysia dan timbalannya pula dilaporkan membelanjakan lebih dari RM18,000 sehari untuk kos sewa kediaman rasmi. Ini bermakna jika dikalikan dengan 30 hari maka jumlah sebulan untuk kos sewa kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mencecah RM540,000 sebulan. Satu kos yang teramat tinggi dan tidak munasabah dan yang pastinya wang tersebut adalah merupakan wang rakyat jelata.

Bagi kos pembayaran bil elektrik pula kos yang digunakan untuk kediaman rasmi kedua-dua pembesar negara tersebut adalah sebanyak RM5,704 sehari (RM171,120 sebulan) dan kos bil air pula adalah sebanyak RM1,092 sehari (RM32,760 sebulan). Manakala kos baik pulih kedua-dua kediaman rasmi tersebut pula dilaporkan berjumlah RM60,000 sebulan.

Perkara tersebut telah didedahkan di dalam sidang Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Bin Aziz sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS yang juga merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun. Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

Mengulas berkenaan isu tersebut, Siti Zailah dalam satu sidang media di Parlimen berkata "Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu". 

Sambil mengatakan ianya merupakan satu pemborosan yang melampau, Siti Zailah turut berkata, "Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan,"

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Mengulas perkara yang sama, Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol. Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya".

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.
"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.
"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.

Minda Penulis berasa terkejut dengan pendedahan tersebut, kerana pada pandangan Minda Penulis, jumlah tersebut adalah  merupakan satu jumlah penggunaan wang rakyat yang terlalu besar digunakan oleh pemimpin negara untuk kediaman rasmi. Ianya adalah suatu yang mengejutkan dan tidak wajar berlaku kerana rakyat sekarang semakin tertekan dengan kenaikan harga barangan keperluan dan juga harga petroleum. 

Jumlah yang didedahkan tersebut adalah jumlah untuk hanya penyelenggaraan kediaman rasmi belum lagi kos lain yang digunakan dan dibazirkan oleh pemimpin-pemimpin negara. 

Minda Penulis merasa amat kecewa dan kesal kerana pemimpin-pemimpin negara sering menggesa dan menasihatkan rakyat agar berjimat cermat dan mengamalkan perbelanjaan yang berhemah tetapi dalam pada masa yang sama mereka pula tidak melaksanakan sendiri apa yang mereka gesakan kepada rakyat dengan melakukan pembaziran melampau wang rakyat.

Monday, June 27, 2011

Tiada Istikharah Dalam Isu Empat Orang Saksi

Kenyataan: Dr. Khairuddin Aman Razali, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

Kuala Lumpur, 27 Jun 2011 - Kenyataan ini adalah respon kepada laporan laman Utusan Malaysia yang bertarikh 27 Jun yang bertajuk "Nik Aziz digesa solat istikharah"  yang memetik kata-kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berkata: "Saya fikir mereka (pemimpin PAS) perlu melakukan solat sunat istikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak?"

UMNO semakin tersepit pada hari ini. Tidak cukup dengan kebiadapan Utusan yang menyiarkan karikatur yang menggambarkan persepsi yang negatif terhadap Islam, pada hari ini kita membaca pula kenyataan Naib Presidennya yang menggesa supaya pemimpin PAS melakukan solat istikharah dalam menangani isu seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Gesaan tersebut menyerlahkan lagi kejahilan beliau terhadap hukum feqah di dalam Islam. Para Ulama bersepakat bahawa solat istikharah dalam perkara yang telah dinaskan secara jelas oleh Allah tidak boleh diistikharahkan khususnya dalam isu yang berkaitan dengan tuduhan zina yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Seseorang itu tidak dianggap bersalah melakukan kesalahan zina selagi mana tidak didatangkan dengan empat orang saksi. Ini adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t secara jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Ianya merupakan kaedah keterangan yang dipegang di dalam Islam. Selagi mana tidak di datangkan 4 orang saksi maka seseorang itu adalah tidak bersalah dan tidak melakukan zina. Tiada seorang Islam pun yang berhak untuk keluar daripada ketetapan Allah s.w.t ini.

Para alim ulama di dalam UMNO seharusnya menasihatkan pemimpin mereka supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan urusan agama sebelum masyarakat turut menjadi haru biru dek kerana kenyataan tersebut.

**********************************************************

Minda Penulis saja-saja nak bertanya, sudahkah Zahid Hamidi buat solat istikharah sebelum membuat tuduhan?

Insentif Bukannya Gimik Politik

BERIKUTAN cadangan Kerajaan Kelantan untuk memberi insentif kepada golongan lelaki yang tidak merahsiakan amalan berpoligami di Kelantan, berbagai-bagai komen diterima baik yang positif dan juga negetif.  Antara yang memberikan komen terhadap cadangan tersebut adalah Ketua Wanita Umno Kelantan, Datin Rahimah Mohamad.

Menurut Rahimah, cadangan tersebut hanyalah merupakan gimik politik Kerajaan Negeri bertujuan memancing undi lelaki bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Apa yang dapat dilihat dari komen yang dibuat oleh beliau, semuanya dilihat dari perspektif yang negetif sahaja dan sambil beliau cuba untuk mengaitkan cadangan tersebut dengan politik.
Gambo Hiasan Jer Ni....

Pada pandangan Minda Penulis, komen yang dibuat oleh Ketua Wanita Umno tersebut adalah satu komen yang bersifat dangkal dan prejudis terhadap amalan berpoligami. Minda Penulis tidaklah hairan dengan semua itu, kerana memang fitrah perempuan tidak suka dimadukan. Namun begitu serangan dan tohmahan beliau terhadap Kerajaan Negeri tidak sepatutnya dilontarkan kerana jika dilihat dari sudut dan perspektif yang positif, ada baiknya juga cadangan Kerajaan Negeri Kelantan tersebut kepada masa depan keluarga lelaki yang berpoligami tersebut.

Dalam soal ini, Kerajaan Kelantan telah memberikan penjelasan bahawa cadangan tersebut bukannya bertujuan untuk menggalakkan lelaki melakukan amalan berpoligami. Cadangan tersebut dibuat sebenarnya adalah untuk menjaga kebajikan keluarga lelaki tersebut termasuklah kebajikan isteri-isteri serta anak-anak. Rasional dari cadangan Kerajaan Negeri tersebut adalah untuk menggalakkan kaum lelaki agar tidak merahsiakan perkahwinan baru mereka kepada isteri yang terdahulu. Ini adalah untuk menjaga kebajikan isteri terdahulu serta anak-anak agar tidak menjadi mangsa penganiayaan.

Kalau kita renung-renungkan, seorang lelaki yang merahsiakan perkahwinan baru kepada isteri terdahulu pastinya akan menimbulkan masalah dibelakang hari terutamanya dalam soal pembahagian harta pusaka sekiranya lelaki tersebut meninggal dunia tanpa sempat membuka rahsia perkahwinan baru. Pastinya akan berlaku perebutan harta pusaka antara isteri terdahulu dengan isteri yang baru. Dan perkara tersebut seharusnya dielakkan dari berlaku.

Dalam soal pemberian insentif pula, Minda Penulis melihat ianya bukan sesuatu yang memberikan keuntungan hakiki kepada si suami. Harus diingat, insentif tersebut hanya diperolehi sekali sahaja dan ianya bukan bersifat kekal tetapi si suami yang berpoligami wajib pula untuk menjaga kebajikan isteri-isteri dan anak-anaknya sehingga ke akhir hayat beliau. Di samping itu, si suami juga perlu untuk memikirkan juga kebajikan isteri-isteri dan anak-anaknya selepas beliau tiada lagi di atas muka bumi ini. Ini bermakna, insentif yang diterima oleh si suami hanyalah bersifat sementara tetapi insentif yang bakal diterima oleh isteri-isteri dan anak-anak bakal berkekalan sehingga ke anak cucu.

Amat dangkal sekali pemikiran Ketua Wanita Umno bilamana beliau mengaitkan cadangan tersebut dengan politik dan PRU yang akan datang. Ini kerana, Minda Penulis tidak nampak langsung pemberian insentif kepada lelaki tersebut bakal memberi keuntungan politik kepada Kerajaan Kelantan. Minda Penulis berpandangan dalam soal ini yang bakal meraih keuntungan bukanlah Kerajaan Kelantan tetapi keluarga lelaki yang berpoligami itu yang bakal memperolehi keuntungan berkekalan.

Minda Penulis bukanlah bermaksud untuk menyokong amalan berpoligami ini tetapi apa yang Minda Penulis tidak dapat terima ialah bilamana ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan politik dan pilihan raya.

50 Ahli PAS Masuk Umno??..

AKHBAR Sinar Harian Ahad 26 Jun 2011 melaporkan seramai 50 ahli PAS dari Kawasan Kubang Telaga, Bachok, Kelantan menyerahkan borang keahlian Umno secara rasmi kepada Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Salah seorang daripada 50 orang yang dilaporkan menyerahkan borang tersebut adalah Wan Azman Wan Mamat, 31 mendakwa diri sebagai Bekas Ketua Pemuda PAS cawangan Kubang Telaga. Menurut Wan Azman, beliau menyertai Umno setelah merasakan dirinya dipergunakan untuk jentera parti selama lima tahun dan kini merasakan jasanya disia-siakan.

Manakala seorang lagi yang mendakwa sebagai ahli PAS, Jusuh Hamat atau dikenali sebagai Pak Him, 63 pula mendakwa beliau menyertai Umno apabila merasa mual dengan dasar perjuangan PAS yang tidak tetap dan tidak mengotakan janji. Beliau turut mendakwa sudah penat mengikuti perjuangan PAS selama 40 tahun ini tetapi semuanya 'cakap tak serupa bikin,' katanya.

Minda Penulis selalu sangat mendengar orang yang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli Umno ini mengaku sebagai seorang yang mempunyai jawatan dalam PAS. Ada yang mengaku Ketua Pemuda cawangan, ada yang mengaku Ketua Muslimat cawangan dan ada juga yang mengaku sebagai Ketua Bahagian. Namun apabila disemak, nama mereka yang mendakwa berjawatan dalam parti tersebut tidak terdapat dalam senarai ahli parti atau dengan kata lain bukan ahli parti PAS.  Dan kadangkala lebih melucukan apabila cawangan yang dikatakan diwakili oleh mereka yang masuk Umno itu sebenarnya tidak pernah wujud dalam PAS.

Wan Azman mungkin lupa atau tidak tahu bahawa semua ahli PAS sebenarnya secara rela dan ikhlas berjuang di dalam parti tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dari PAS dan ini berbeza dengan perjuangan di dalam Umno apabila kebanyakan mereka yang berjuang di dalam Umno sebenarnya tidak ada keikhlasan tetapi sebaliknya mengejar imbuhan atau kemewahan. Jadi dalam soal ini sebenarnya tidak timbul soal diri dipergunakan untuk jentera parti kerana setiap ahli PAS perlu bersedia dengan ikhlas untuk bekerja menggerakkan jentera parti.

Persoalan dasar perjuangan PAS yang tidak tetap dan tidak mengotakan janji sebagaimana yang didakwa oleh Pak Him pula sebenarnya tidak timbul sama sekali. Ini adalah kerana dasar PAS sebenarnya tidak pernah berubah sejak dari dahulu lagi. Sejak dahulu sehingga sekarang dasar PAS masih lagi kekal dengan perjuangan untuk mengangkat martabat umat Islam. Pak Him atau siapa sahaja tidak perlu mempertikaikan dasar kebajikan kerana jika difahami sebenar-benarnya, Islam amat menitik beratkan soal kebajikan terutama kepada masyarakat. Rasulullah saw sendiri amat menjaga kebajikan masyarakat sehinggakan Baginda sendiri sanggup menyuapkan makanan ke mulut seorang Yahudi yang buta walaupun Baginda sedar setiap hari Yahudi tua dan buta tersebut memaki hamun dan memusuhi Baginda.

Namun begitu, Minda Penulis merasa curiga dengan dakwaan yang mengatakan kesemua 50 orang ini adalah bekas ahli PAS, kerana sudah terlalu kerap sangat dilaporkan dalam media-media bahawa ahli PAS beralih sokongan kepada Umno tetapi apabila disemak, dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas kerana nama mereka tidak pernah wujud dalam rekod keahlian PAS.

Sunday, June 26, 2011

RELA Tak Usah Jadi Penyibuk

SINAR HARIAN Ahad 26 Jun 2011 melaporkan bahawa RELA bersiap sedia untuk dikerah bagi mengawal keselamatan sekiranya perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara diteruskan.

Menurut Ketua Pengarah RELA, Jeneral (Rela) Datuk Mustafa Ibrahim, buat masa ini pihaknya telah mengarahkan semua anggota di Selangor, Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan agar sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia.

Beliau dilaporkan percaya behawa 3,000 anggota dari ketiga-tiga negeri tersebut siap siaga untuk dikerah. Walaubagaimanapun, Mustafa berkata pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Ketua Polis Negara untuk tindakan selanjutnya serta bentuk tugasan yang akan dilaksanakan anggotanya sekiranya perhimpunan Bersih diteruskan.

Minda Penulis rasa agak geli hati dengan kenyataan Keua Pengarah RELA tersebut. Perlu diingatkan bahawa RELA hanyalah sebuah agensi sukarela bukannya agensi penguatkuasaan. Jadi, RELA tak perlu sibuk-sibuk nak membodek Umno.

Perlu juga diingatkan, RELA telah diberikan peluang oleh kerajaan dalam soal mengatasi masalah kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI). Apa yang dapat dilihat sekarang ini, RELA telah gagal untuk melaksanakan tugas mengatasi masalah PATI ini dengan berkesan. RELA sekarang telah diberikan peluang untuk membantu Jabatan Imigresen menjaga Depot-Depot tahanan Imigresen di seluruh Malaysia, tetapi apakah RELA berjaya dalam tugasan tersebut? Apa yang dapat dilihat, RELA bukan sekadar gagal tetapi boleh dikatakan menjadi pengacau dan parasit di Depot-Depot tahanan Imigresen.

Kalau untuk menjaga PATI pun gagal dilaksanakan oleh RELA, apatah lagi untuk menjaga peserta himpunan Bersih. Perlu diingat, peserta-peserta himpunan Bersih adalah rakyat dan warganegara Malaysia bukannya pendatang tanpa izin. Jadi jangan diingat RELA boleh buat sesuka hati kepada peserta himpunan Bersih tersebut. Harus diingat dalam ramai-ramai peserta himpunan tersebut ada juga yang arif dalam soal perundangan jika nak dibandingkan dengan anggota RELA yang kebanyakannya tak lepas SPM.
Jadi nasihat Minda Penulis, tak perlulah RELA nak menyibuk dengan perhimpunan Bersih ini. Tak perlulah Ketua Pengarah RELA nak jadi pengampu kerajaan Umno. Kita perlu ingat, walau setinggi mana ampu sekalipun kalau dah Allah SWT kata bukan rezeki kita, takkan dapat apa yang kita hendakkan itu.

Apa Bezanya?

SEBUAH akhbar tempatan hari Ahad 26 Jun 2011 melaporkan berita berkenaan anak lelaki Perdana Menteri Israel menghina Islam, Arab dalam Facebook.Laporan yang berbunyi:, 

BAITULMAQDIS: Anak lelaki Perdana Menteri Israel - kini bertugas sebagai jurucakap tentera zionis mengirim komen menghina Arab dan Islam dalam Facebook, lapor media semalam.
Dalam Laman sesawang sosial itu, Yair Netanyahu, 19 berkata kononnya keganasan memiliki agama dan ia adalah Islam.
Hearetz melaporkan, kenyataan pada awal tahun ini dibuat Yair bagi mengulas kematian lima penduduk Israel yang ditikam penyerang Palestin.
Kata Yair, orang Islam memang "meraikan kebencian dan kematian." Dia juga berharap negara Palestin tidak wujud.
Komen itu kemudian mendapat kritikan daripada warga Palestin walaupun semakan mendapati, ia dibuang kira-kira dua jam kemudian.
Jurucakap Palestin, Husam Zomlot, berkata pandangan Yair itu sama seperti pendirian bapanya, Benjamin Netanyahu.
"Apa yang ditulisnya itu adalah kesan pendidikan bapanya. Itulah yang dihasilkan Netanyahu pada keluarga dan masyarakatnya," katanya. - AP

Minda Penulis berpendapat, pandangan Yair memang sama seperti pandangan bapanya. Tapi apa yang ditulisnya itu bukan sahaja kesan dari pendidikan bapanya tetapi ianya adalah memang pendirian umat Yahudi terhadap Islam sejak sekian lama ekoran dari sikap permusuhan dan kebencian Yahudi terhadap umat Islam.  

Membaca laporan ini, Minda Penulis teringat pula pada sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan dakwaan kononnya terdapat sebuah Maahad Tahfiz di tanahair kita melatih pelajar untuk mengikuti doktrin Jemaah Islamiah (JI) yang mana dakwaan tersebut telah dinafikan oleh Jawatankuasa Maahad tersebut dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada pandangan Minda Penulis, tidak ada bezanya pendirian dan pemikiran akhbar yang menyiarkan tuduhan terhadap Maahad Tahfiz terbabit dengan pendirian dan pandangan yahudi terhadap umat Islam. Kedua-duanya begitu takut dan bimbang dengan kekuatan Islam.

Tuesday, June 21, 2011

Laporan Utusan Malaysia Boleh Mengancam Keselamatan Negara


AKHBAR Utusan Malaysia dilihat telah banyak kali membuat penulisan, artikel serta lukisan yang tidak benar, berbau hasutan, penghinaan dan boleh mencetuskan ketakutan kepada masyarakat. Contohnya, penulisan, artikel serta lukisan yang berbentuk penghinaan terhadap agama Islam.

Sebelum ini akhbar tersebut telah mendapat bantahan keras dari masyarakat beragama Islam ekoran dari penyiaran sebuah lukisan kartun yang dilihat seperti satu penghinaan terhadap perundangan Islam berkaitan isu rogol bilamana lukisan kartun tersebut dilihat seolah-olah mempertikaikan kaedah penyelesaian kes rogol mengikut hukum syariat Islam. Dan kes terbaru, akhbar tersebut telah melaporkan bahawa sebuah maahad tahfiz di Kuala Pilah merekrut pelajar dengan ideologi Jemaah Islamiah (JI) untuk melakukan penentangan terhadap kerajaan.

Dalam hal ini Minda Penulis berpandangan, tindakan akhbar tersebut adalah satu tindakan yang boleh mencetuskan satu kebimbangan terhadap keselamatan negara. Di samping itu juga, apa yang dilaporkan oleh akhbar tersebut dilihat seolah-olah menggambarkan bahawa umat Islam yang benar-benar menghayati ajaran Islam sebagai golongan ekstrimis dan pengganas. Tindakan tidak bertanggungjawab akhbar tersebut seolah-olah menyampaikan kepada masyarakat bahawa akhbar tersebut mempunyai pemikiran dan persepsi yang sama dengan pemikiran dan persepsi negara barat yang memusuhi agama Islam. 

Minda Penulis juga berpandangan bahawa apa yang ditulis dan cuba disampaikan oleh pihak akhbar harian tersebut boleh mencetuskan kebimbangan kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. Dan ini adalah merupakan sesuatu yang merbahaya dan boleh mencetuskan kekacauan di negara kita. Mungkin, pihak akhbar harian tersebut cuba untuk menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia terhadap tahap keselamatan mereka.

Dalam isu yang ditimbulkan oleh akhbar tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menafikan bahawa wujud maahad tahfiz yang merekrut pelajar dengan ideologi JI. Dan sebuah akhbar harian berbahasa melayu (bukan Utusan Malaysia) telah melaporkan bahawa Ahli Jawatankuasa Madrasah Ittiba Us Sunnah di Kampung Parit, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang dikaitkan oleh Utusan Malaysia turut menafikan tuduhan tersebut.

Menurut Setiausaha Madrasah tersebut, Hazman Hashim laporan Utusan Malaysia tersebut adalah merupakan satu fitnah dan langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar. Beliau turut menegaskan bahawa madrasah tersebut hanya memberi kelas bimbingan terjemahan Al-Qur'an kepada warga tua manakala tuduhan Utusan Malaysia bahawa terdapat pelajar lelaki berusia 18 tahun menyertai latihan adeologi JI adalah tidak benar kerana tidak ada pelajar maahad tersebut yang berusia 18 tahun.

Hazman juga turut berkata, maahad tersebut tidak pernah menghasut memusuhi kerajaan tetapi sebaliknya sentiasa menyokong perjuangan kerajaan sedia ada. Hazman bagaimanapun mengakui bahawa madrasah tersebut pernah menerima kunjungan pemimpin JI, Abu Bakar Bashir pada awal 1990-an tetapi memutuskan hubungan apabila diminta menerima perjuangan pertubuhan itu.

Minda Penulis berpandangan, satu tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan terhadap syarikat akhbar tersebut kerana kebelakangan ini, laporan yang disiarkan oleh akhbar tersebut pada pandangan Minda Penulis boleh mencetuskan satu keadaan yang tidak tenteram di kalangan masyarakat negara ini. Di samping itu juga, akhbar tersebut sudah banyak kali membuat laporan yang bersifat fitnah dan ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej kerajaan Malaysia itu sendiri. Dalam soal mengambil tindakan terhadap akhbar ini, Minda Penulis bersetuju dan menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengharamkan akhbar tersebut dari membuat liputan mengenai kegiatan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.

Saturday, June 18, 2011

Cadangan Yang Wajar Dipertimbangkan

DALAM entri sebelum ini, Minda Penulis telah menyatakan cadangan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri bagi menggantikan kaedah bogel dan ketuk ketampi tahanan warga asing di Depot-Depot tahanan Imigresen. Cadangan Minda Penulis adalah agar pihak berkenaan membekalkan dan menyedia cukupkan alatan pengimbas (X-Ray) bagi tujuan mengesan barangan larangan yang cuba diseludup masuk oleh tahanan ke dalam blok-blok tahanan.

Minda Penulis berpandangan, sepatutnya pihak Jabatan Imigresen dan Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri mencari satu kaedah atau mekanisma baru yang terbaik untuk membolehkan pegawai-pegawai Imigresen yang bertugas menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas tahanan yang baru di bawa masuk. Sebagai contohnya membekalkan dengan mencukupi peralatan canggih yang boleh digunakan untuk mengimbas (X-Ray) tubuh badan tahanan bagi mengesan barang larangan tanpa perlu tahanan dibogelkan dan diarahkan melakukan ketuk ketampi.
Rujuk:-http://nasronhashim.blogspot.com/2011/06/penggantungan-tugas-bukan-satu.html

Setelah membaca satu artikel di dalam Harakah Daily, rupa-rupanya, pandangan Minda Penulis tersebut juga dikongsi sama oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Suhaizan Kayat. Walaupun masih ada beberapa pandangan yang diberikan oleh beliau itu tidak merujuk kepada keadaan yang sebenarnya berlaku, namun seharusnya difahami bahawa pandangan beliau itu adalah merupakan pandangan dari orang awam yang tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku. Namun apapun, Minda Penulis berpendapat pihak Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri sewajarnya dapat membuat pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan beliau tersebut demi untuk penambahbaikan sistem keselamatan negara terutamanya yang membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia.

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti bertanggungjawab dengan kejadian tidak sepatutnya yang berlaku di sempadan negara, sehingga dua pelancong asing diarahkan berbogel dan ketuk ketampi, akibat kelemahan sistem proses kemasukan rakyat asing ke negara ini.
Kecuaian KDN dalam melaksanakan tanggungjawabnya telah menyebabkan imej negara tercalar, pelancong asing yang gagal memahami peraturan menjadi mangsa, manakala pegawai Imigresen yang bertugas teraniaya.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, kejadian yang berlaku di sempadan negara, khususnya di pintu masuk ke negara ini di Johor, jelas berpunca dari kelemahan sistem proses kemasukan rakyat asing ke negara kita yang sepatutnya sudah diatasi oleh KDN sekian lama.
Menurut beliau, kelemahan tersebut berlaku akibat penghadang di kaunter tol berada di tempat yang berasingan dengan kaunter Jabatan Imigresen, pada hal kaunter tol dan kaunter Jabatan Imigresen sepatutnya disatukan seperti yang dilakukan di Singapura.
Katanya, selain itu, Jabatan Imigresen tidak disediakan alat pengimbas bagi mengesani para pelancong asing yang ingin masuk ke negara ini, sehingga menyebabkan para pegawai Imigresen bertugas mengalami kesulitan untuk mengesani mereka yang keluar masuk di sempadan negara.
"Akibat kecuaian KDN dalam perkara itu, pelancong asing yang tidak faham dengan peraturan di negara kita menjadi terkeliru lalu melakukan kesilapan.
"Dalam masa yang sama, pegawai Imigresen yang bertugas pula terpaksa menggunakan cara lama untuk mengesani seseorang pelancong asing, sama ada turut membawa masuk barangan terlarang atau tidak ke negara kita yang disembunyikan dalam badan mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Semalam Harakahdaily melaporkan, pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen disaran melakukan beberapa langkah wajar bagi mengatasi kesilapan pada proses kemasukan rakyat asing ke negara kita, tanpa perlu mengarahkan pelancong asing berbogel dan melakukan ketuk ketampi akibat kesilapan yang berlaku.
Antara langkah yang perlu dilakukan termasuklah dengan menyatukan kaunter Jabatan Imigresin dan kaunter tol seperti yang dilakukan di Singapura dan membuat fasa-fasa munasabah bagi memasukkan data cap jari pelancong yang masuk ke negara ini.
Suhaizan yang juga Ketua Pemuda PAS Johor berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Pengarah Jabatan Imigresin Johor, Amran Ahmad, 15 Jun lalu, di Pejabat Jabatan Imigresin Negeri Johor, Taman Setia Tropika, Kempas, berhubung isu 2 orang warga Singapura yang ditahan oleh pihak berkuasa dan telah diarahkan berbogel dan ketuk ketampi.
Menurut beliau, Amran bagaimanapun tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut kerana tidak diberikan mandat oleh pihak atasan untuk membuat sebarang kenyataan kepada Pemuda PAS Negeri Johor.
Katanya, bagi menjaga nama baik agensi kerajaan khususnya Jabatan Imigresin Malaysia, Pemuda PAS Negeri Johor lebih memberi fokus terhadap ruang kesilapan manusia yang terdapat pada proses masuk ke negara kita.
"Dua orang warga Singapura itu menyatakan bahawa mereka telah melalui kaunter Jabatan Imigresin tetapi tiada pegawai di kaunter tersebut. Kemudian mereka meneruskan ke kaunter tol.
"Mereka membuat bayaran tol dan penghadang pun dibuka. Seterusnya mereka masuk ke negara kita dengan anggapan bahawa negara kita mungkin telah melaksanakan sistem biometrik yang tidak memerlukan pegawai untuk pengesahan masuk," katanya.
Dewan Pemuda PAS Johor, menurut beliau, berpendapat terdapat ruang yang membolehkan manusia membuat kesilapan semasa proses masuk ke negara kita.
Penghadang di kaunter tol, katanya, sepatutnya berada di kaunter Jabatan Imigresin, bukannya berada di kaunter tol dan kebenaran masuk perlu dibuat oleh pegawai. Setelah mendapat kebenaran maka penghadang akan dinaikkan dan pelancong boleh masuk ke negara kita.
"Adalah lebih baik jika kaunter Jabatan Imigresin dan kaunter tol disatukan seperti proses masuk ke Singapura. Ini bagi mengelakkan kekeliruan berlaku kepada pelancong terutamanya bagi mereka yang kurang memahami peraturan-peraturan dalam negara kita," katanya.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, tegas beliau, berpandangan Jabatan Imigresin boleh membuat fasa-fasa yang munasabah bagi memasukkan data cap jari pelancong yang masuk, contohnya satu bulan.
"Keadah berfasa ini dapat mengelakkan kesesakan di sempadan negara kita. Cadangan ini boleh dijadikan panduan untuk tindakan pada masa yang akan datang," ujar beliau.
Hari ini pula, dua pegawai imigresen dilaporkan digantung tugas ekoran laporan bahawa dua wanita Singapura dipaksa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel minggu lalu selepas ditahan kerana dipercayai memasuki Malaysia secara tidak sah.
Akhbar Straits Times Singapura dalam laporannya hari ini berkata, Kementerian Luar republik itu melihat perkembangan tersebut sebagai “sesuatu yang serius dan menimbulkan kebimbangan.”
“Kami mengalu-alukan pengumuman segera pihak berkuasa Malaysia bahawa siasatan segera akan diadakan,” kata akhbar itu memetik jurucakap kementerian tersebut.
Akhbar itu melaporkan kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad semalam bahawa pegawai-pegawainya telah digantung tugas sehingga satu inkuiri pelbagai peringkat selesai.
Alias berkata, panel tujuh orang itu akan menyerahkan laporannya kepada Jabatan Imigresen dan kemungkinan akan memanggil kedua-dua wanita itu jika perlu.
Menurut Suhaizan, beliau amat bersimpati dengan nasib pelancong asing dan dua pegawai Imigresen terbabit yang tidak sepatutnya menjadi mangsa akibat kejadian itu.
"Semua itu berlaku akibat kecuaian KDN dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Kejadian itu tidak akan berlaku jika tidak kerana kelemahan sistem yang digunakan di negara kita.
"Oleh itu, saya menyarankan KDN agar membetulkan sistem proses kemasukan rakyat asing ke negara kita dengan menyatukan kaunter tol dan kaunter Jabatan Imigresen," katanya.
Selain itu, jelas beliau, KDN perlu menyediakan alat pengimbas bagi membolehkan pegawai Imigresen yang bertugas menjalankan tugasnya dengan baik.
"Penyediaan alat pengimbas itu amat penting kerana dengan adanya alat itu, pegawai Imigresen yang bertugas tidak perlu mengarahkan pelancong asing berbogel dan ketuk ketampi untuk memastikan mereka tidak menyembunyikan barangan terlarang dalam badan mereka, akibat memasuki negara kita secara tidak sah.
"Pada hal, semua itu berlaku disebabkan kelemahan sistem proses kemasukan rakyat asing ke negara kita, akibat kecuaian KDN, bukannya kerana kesilapan para pegawai itu sendiri semata-mata," ujar beliau.
Sumber:- http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3853-kdn-mesti-bertanggungjawab-isu-bogel-pelancong

Friday, June 17, 2011

Penggantungan Tugas Bukan Satu Penyelesaian Terbaik

MINDA Penulis hari ini mendapat perkhabaran bahawa dua orang pegawai wanita Jabatan Imigresen Malaysia di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Johor telah dikenakan tindakan penggantungan tugas ekoran dari kes dua tahanan perempuan warga Singapura yang diarahkan berbogel dan ketuk ketampi sebanyak sepuluh kali semasa pemeriksaan badan secara menyeluruh dibuat.

Minda Penulis merasa agak kesal, terkilan dan tidak bersetuju atas tindakan yang dikenakan terhadap dua pegawai wanita tersebut. Ini adalah kerana Minda Penulis berpandangan bahawa kedua-dua pegawai tersebut tidak sewajarnya dipersalahkan atas perkara tersebut.

Ini adalah kerana, tindakan kedua-dua pegawai tersebut walaupun dilihat agak tidak bersesuaian mengikut hak asasi manusia tetapi kedua-dua pegawai tersebut terpaksa melakukannya kerana ianya adalah merupakan satu amalan yang diamalkan oleh mana-mana pusat tahanan sejak sekian lama. Amalan tersebut terpaksa dilakukan kerana tiada alternatif lain boleh dilakukan bagi tujuan memastikan tiada barangan larangan disembunyikan dan dibawa masuk oleh tahanan ke dalam blok-blok tahanan. Apa yang Minda Penulis maklum, bahawa amalan tersebut diamalkan sejak sekian lama sebelum Depot Tahanan Imigresen diambil alih oleh Jabatan Imigresen Malaysia lagi dan kaedah tersebut tidak memerlukan tambahan kos kewangan.

Apa yang Minda Penulis maklum, amalan atau kaedah yang digunapakai oleh Depot Tahanan Imigresen ini walaupun agak ketinggalan zaman, tetapi setakat ini ianya dilihat berkesan untuk mengesan sebarang artikel larangan contohnya dadah, tembakau, senjata kecil, wang tunai dan lain-lain lagi. Dan kaedah yang digunapakai itu sebenarnya bukannya bertujuan untuk memalukan, mengaibkan dan mendera mental tahanan tetapi lebih kepada kaedah untuk tujuan pencegahan awal dan setakat ini ianya berkesan berikutan beberapa penemuan barang-barang larangan yang cuba diseludup masuk oleh tahanan. Dan kaedah tersebut hanya digunakan sekali sahaja sepanjang tahanan ditahan di Depot Tahanan Imigresen.

Minda Penulis berpendapat, tindakan penggantungan tugas yang dikenakan ke atas kedua-dua pegawai Imigresen terbabit bukanlah satu penyelesaian terbaik dan ianya tidak akan menjadikan keadaan menjadi bertambah baik. Tindakan terburu-buru tersebut hanya akan menjadi satu bebanan dan tekanan kepada kedua-dua pegawai yang dikenakan tindakan tersebut dan juga secara tidak langsung akan menjadi satu tekanan kepada pegawai-pegawai lain untuk menjalankan tugas. Keadaan ini akan memungkinkan, pemeriksaan menyeluruh ke atas tahanan gagal dilaksanakan dengan sempurna oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen dan tidak mustahil selepas ini, langkah-langkah pencegahan awal tidak dapat dilaksanakan dan tahanan-tahanan akan berjaya menyeludup masuk barang-barang larangan ke dalam blok-blok tahanan dan lebih memburukkan keadaan situasi ini akan lebih memudahkan tahanan untuk melakukan rusuhan dan kejadian kelarian.

Minda Penulis berpandangan, sepatutnya pihak Jabatan Imigresen dan Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri mencari satu kaedah atau mekanisma baru yang terbaik untuk membolehkan pegawai-pegawai Imigresen yang bertugas menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas tahanan yang baru di bawa masuk. Sebagai contohnya membekalkan dengan mencukupi peralatan canggih yang boleh digunakan untuk mengimbas (X-Ray) tubuh badan tahanan bagi mengesan barang larangan tanpa perlu tahanan dibogelkan dan diarahkan melakukan ketuk ketampi.

Selain dari itu Minda Penulis berpandangan, pihak Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri perlu menyediakan satu latihan khas kepada semua pegawai Imigresen yang membolehkan semua pegawai Imigresen mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk mengenalpasti individu-individu yang cuba membawa masuk artikel larangan dengan hanya mengenal gerak badan individu terbabit.

Sebagai tambahan, Minda Penulis mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan membina dari sesiapa sahaja termasuklah dari parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Dan harus diingat, cadangan-cadangan tersebut perlu dibuat untuk penambahbaikan sistem keselamatan negara terutamanya yang melibatkan Jabatan Imigresen. Minda Penulis juga menggesa Kerajaan dan Jabatan Imigresen Malaysia agar tidak terlalu cepat melatah dengan hanya mendengar komplen dari pihak asing yang sentiasa cemburu dan berniat tidak baik terhadap negara kita. Sekiranya ada pandangan yang baik dari mana-mana parti politik atau NGO, Minda Penulis berharap agar dapat diberikan pertimbangan oleh kerajaan walaupun ia datang dari pihak yang tidak sama pegangan politik. Lupakan seketika soal perbezaan politik demi untuk keselamatan negara.

Thursday, June 16, 2011

Masih Ada Ruang Untuk Penambahbaikan

BERIKUT adalah kenyataan rasmi dari Pemuda PAS Negeri Johor berhubung isu warga Singapura dibogel dan ketuk ketampi semasa dalam tahanan pihak Imigresen.

Pemuda PAS Negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Pengarah Jabatan Imigresin Negeri Johor En. Amran Bin Ahmad pada hari semalam Selasa 15hb Jun 2011 di Pejabat Jabatan Imigresin Negeri Johor, Taman Setia Tropika, Kempas, Johor berhubung isu 2 orang warga Singapura yang ditahan oleh pihak berkuasa dan telah diarahkan berbogel dan ketuk ketampi. En Amran Bin Ahmad tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut kerana beliau tidak diberi mandat oleh pihak atasan untuk membuat sebarang kenyataan kepada Pemuda PAS Negeri Johor.

Bagi menjaga nama baik agensi kerajaan khususnya Jabatan Imigresin Malaysia, Pemuda PAS Negeri Johor lebih memberi fokus terhadap ruang kesilapan manusia yang terdapat proses masuk ke negara kita. Dua orang warga Singapura ini menyatakan bahawa mereka telah melalui kaunter Jabatan Imigresin tetapi tiada pegawai dikaunter tersebut. Kemudian mereka meneruskan ke kaunter tol. Mereka membuat bayaran tol dan penghadang pun dibuka. Seterusnya mereka masuk ke negara kita dengan anggapan bahawa negara kita mungkin telah melaksanakan sistem biometrik yang tidak memerlukan pegawai untuk pengesahan masuk.

Dewan Pemuda PAS Johor berpendapat terdapat ruang yang membolehkan manusia membuat kesilapan semasa proses masuk ke negara kita. Penghadang di kaunter tol sepatutnya berada di kaunter Jabatan Imigresin bukannya berada di kaunter tol. Kebenaran masuk perlu dibuat oleh pegawai. Setelah mendapat kebenaran maka penghadang akan dinaikkan dan pelancong boleh masuk ke negara kita.  Adalah lebih baik jika kaunter Jabatan Imigresin dan kaunter tol di satukan seperti proses masuk ke Singapura. Ini bagi mengelakkan kekeliruan berlaku kepada pelancong terutamanya bagi mereka yang kurang memahami peraturan-peraturan dalam negara kita.

Sistem biometrik yang telah diperkenalkan oleh pihak Jabatan imigresin telah menyebabkan kesesakan yang teruk di sempadan negara. Ini berpunca daripada proses kemasukkan data cap jari untuk setiap pelancong yang datang. Proses ini telah menggunakan masa yang panjang. Pada waktu ini kesesakan sudah semakin pulih. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor berpandangan Jabatan Imigresin boleh membuat fasa-fasa yang munasabah bagai memasukkan data cap jari pelancong yang masuk. Contohnya satu bulan. Keadah berfasa ini dapat mengelakkan kesesakan di sempadan negara kita. Cadangan ini boleh dijadikan panduan untuk tindakan pada masa yang akan datang.



Suhaizan Bin Kayat

Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
16 JUN 2011



Minda Penulis mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kenyataan dari Ketua Pemuda PAS Negeri Johor tersebut yang pada pandangan Minda Penulis adalah merupakan satu kenyataan yang bertapis dan tidak cuba untuk menyalahkan pihak Jabatan Imigresen Malaysia. 

Pada pandangan Minda Penulis, kenyataan dari Pemuda PAS tersebut amatlah dialu-alukan. Minda Penulis juga melihat dalam soal ini, pihak Jabatan Imigresen Malaysia tidak seharusnya dipersalahkan seratus peratus kerana dakwaan yang dibuat oleh warga Singapura itu adalah satu kenyataan yang belum dapat dipastikan kesahihannya lagi. Ini adalah kerana Minda Penulis sendiri mempunyai pengalaman dalam berurusan dengan warga Singapura ini yang mana pada pandangan Minda Penulis, majoriti warga Singapura tidak boleh dipercayai. Berdasarkan pengalaman peribadi Minda Penulis, warga Singapura sering melakukan kesalahan di Malaysia terutamanya kesalahan berkaitan dengan undang-undang Imigresen yang mana kebanyakan kesalahan tersebut adalah dilakukan secara sengaja bagi tujuan mencabar kewibawaan pihak Jabatan imigresen Malaysia.

Berdasarkan pengalaman Minda Penulis juga, warga Singapura ini sering sengaja melakukan kesalahan di Malaysia adalah kerana mereka tidak mempunyai kesempatan untuk melakukan kesalahan di negara mereka sendiri. Berbeza dengan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia, penguatkuasaan di negara republik Singa tersebut adalah amat ketat dan warga Singapura terpaksa mematuhinya bagi mengelakkan dari tindakan tegas oleh pihak berkuasa republik tersebut. Oleh yang demikian, apabila memasuki sahaja negara ini, rakyat negara republik tersebut berasakan sudah terbebas dari kekangan undang-undang di negara sendiri. Justeru itu mereka seolah-olah 'melepas geram' di negara kita memandangkan penguatkuasaan undang-undang di negara kita tidak seketat negara mereka sendiri. 

Selain dari itu juga, Minda Penulis sering melihat bahawa rakyat negara republik itu tidak mempunyai sikap hormat pada rakyat Malaysia dan selalu sahaja bersikap biadab bila berurusan dengan penjawat awam di Malaysia terutamanya kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia.

Dalam soal ini, Minda Penulis berpandangan majoriti warga Singapura tanpa mengira bangsa mempunyai sifat biadab dan angkuh. Kebanyakan mereka ini mungkin berasa mereka ini lebih maju dan bertamadun jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia. Justeru itulah mereka seringkali bersikap biadab, kurang sopan dan enggan mematuhi peraturan-peraturan negara kita.

Minda Penulis menyanjung tinggi, menghargai dan mengalu-alukan sebarang cadangan dari mana-mana pihak tidak terkecuali dari mana-mana parti politik untuk penambahbaikan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia. Namun begitu, Minda Penulis amat berharap supaya cadangan-cadangan yang diberi tersebut tidak mengabaikan aspek-aspek keselamatan negara. Minda Penulis tidak mahu jika cadangan-cadangan yang diberikan hanya tertumpu untuk kepentingan pelancongan sahaja sehingga mengabaikan aspek-aspek keselamatan negara. Ini adalah kerana, apa yang Minda Penulis lihat berlaku sekarang ini, kerajaan yang ada sekarang hanya lebih menumpukan untuk menambahkan jumlah kemasukan pelancong asing sahaja tetapi dalam masa yang sama, aspek-aspek keselamatan negara diabaikan.

Wednesday, June 15, 2011

Jangan Menghina Yang Di Pertuan Agong Atau Mana-Mana Sultan

KUALA TERENGGANU: Dua individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup menghina Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial facebook.

Individu terbabit didapati bukan saja mengubahsuai gambar Yang Di Pertuan Agong dengan menggantikan wajah baginda dengan sebiji bola tetapi turut mengeluarkan komen mempersendakan ketua negara Malaysia itu apabila mengaitkannya dengan kemenangan Terengganu ke atas Kelantan pada final Piala FA, Sabtu lalu.

Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila itu disedari ahli Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) yang membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga pada jam 1.15 petang semalam.

Berdasarkan akaun individu terbabit, Nik Rabani mendakwa menetap di Kota Bharu manakala Kay Shakila pula mendakwa menuntut di Universiti Teknologi Mara.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.
Sumber:- Harian Metro Rabu 15 Jun 2011 muka surat 6 


Komen:- Minda Penulis menegaskan bahawa tindakan atau perbuatan menghina Yang Di Pertuan Agong atau mana-mana sultan adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Minda Penulis turut mengecam perbuatan sedemikian yang boleh digambarkan sebagai satu tindakan dari individu yang tidak bermoral dan tidak memiliki tatasusila sebagai masyarakat timur yang seharusnya bersopan santun dan berbudi bahasa yang tinggi.

Secara peribadi, Minda Penulis turut merasa terkilan dan kecewa dengan kegagalan pasukan bola sepak Kelantan menjulang Piala FA pada musim ini, namun minda penulis turut merasa kesal dan kecewa dengan tindakan tidak sewajarnya yang dilakukan terhadap Yang Di Pertuan Agong.

Sebagai seorang rakyat yang menjunjung tinggi institusi raja berpelembagaan di Malaysia, Minda Penulis mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu-individu yang melakukan penghinaan terhadap Yang Di Pertuan Agong atau mana-mana sultan di negara ini.

Namun begitu, Minda Penulis juga berharap agar siasatan juga dapat dijalankan bagi memastikan samada benar atau tidak perbuatan itu dilakukan oleh penyokong Kelantan kerana telah ada kes di mana ada rakyat negeri lain yang dikesan menyamar sebagai penyokong Kelantan dengan memakai jersi pasukan bola sepak Kelantan dalam keadaan seksi dan tidak sopan dipercayai bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan nama baik Kerajaan Negeri Kelantan.

Anggota RELA Menyamar Inspektor Polis Ditangkap

AKHBAR Kosmo Rabu 15 Jun 2011 melaporkan seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan ditahan kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor. Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritendan Ibrahim Abu Bakar, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pada pukul 3.50 pagi oleh sepasukan anggota polis peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Menurut beliau lagi, hasil pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan, lelaki tersebut di dapati seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Pemeriksaan semasa ditahan di hadapan sebuah restoran di Jalan Pasir Putih mendapati terdapat sehelai pakaian seragam pegawai polis, seragam Ikatan Relawan Rakyat berpangkat Leftenan, dua pucuk pistol mainan, sebuah komputer riba, kasut polis, gari dan jaket kalis peluru berwarna hitam di dalam kereta jenis Naza Sutera yang dipandu oleh saspek.

Selain memiliki kad RELA, saspek juga didapati memiliki satu salinan kad kuasa polis, pengenalan diri milik individu lain, cota, pemotong besi dan sebilah gergaji. Menurut Ibrahim, saspek kini ditahan reman sehingga 17 Jun untuk membantu siasatan.

Komen:- Sudah banyak kes yang melibatkan anggota RELA dilaporkan. Ini menuntut satu tindakan dari kerajaan untuk memastikan agensi sukarela tersebut bersih dan bebas dari golongan yang mempunyai masalah jenayah.

Tuesday, June 14, 2011

Penganalisis Politik Akui BN Bukan Kerajaan Berkebajikan?

PENGANALISIS politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dilaporkan mendakwa konsep negara berkebajikan yang diumumkan oleh PAS boleh menyebabkan parti itu kehilangan lebih banyak kerusi pada pilihanraya umum akan datang. Ini adalah kerana, konsep itu bukan sesuatu yang baru malah sudahpun diamalkan negara barat sejak beratus tahun dahulu. Zainal dilaporkan memberikan contoh negara New Zealand dan Australia sebagai perbandingan.

"Apa yang lebih teruk mengenai konsep negara berkebajikan ialah, ia suatu konsep yang gagal menyebabkan pemerintah negara berkenaan terpaksa mengubah hala tuju pentadbiran mereka akibat tidak mampu menanggung kerugian".

Ada dua persoalan yang terlintas diminda penulis ekoran dari kenyataan penganalisis politik ini yang memang dikenali sebagai totok Umno. Pertamanya adalah penulis rasa pelik dengan pemikiran profesor ini. Pelik pada minda penulis adalah kerana mustahil parti yang hendak memberi kebajikan tidak akan disokong oleh rakyat. Sebagai contoh, jika ada orang yang bermurah hati hendak beri kita wang sebanyak RM1000 takkan pula kita hendak menolak. Dan orang yang menerima pasti tambah merasa hormat kepada sipemberi wang tersebut. Mustahil rasanya orang akan hormat dan kasih sayang pada orang yang setiap hari menipu, mencaci hamun, menyeksa dan bersifat bakhil. Orang akan pasti lebih memilih dermawan yang baik hati sebagai pemimpin. 

Keduanya, jika PAS akan kehilangan lebih banyak kerusi pada PRU akan datang hanya kerana konsep negara berkebajikan, bermakna Zainal mengakui bahawa kerajaan pusat yang ada sekarang ini bukanlah kerajaan berkebajikan sebagaimana yang didakwa oleh pemimpin BN. Sebabnya kalau kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan berkebajikan, sudah pasti kalau ikut tafsiran Zainal kerajaan BN sudah lama tumbang menjadi sejarah. Kesian pada pemimpin-pemimpin Umno BN. Hari-hari mengaku BN dah amalkan negara berkebajikan, alih-alih datang profesor yang kononnya nak hentam PAS tetapi tersilap pukul parti sendiri dan buat kenyataan yang menyanggah dakwaan pemimpin sendiri. Apa punya bingailah profesor macam ni..

Pada pandangan minda penulis, kenyataan yang dibuat oleh penganalisis politik ini amat memalukan golongan akedemik. Sebagai seorang tokoh akedemik, beliau sepatutnya membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum membuat ulasan.  Apa yang minda penulis nampak, Zainal tidak memanafaatkan kedudukan beliau sebagai seorang tokoh akedemik kerana kenyataan yang beliau buat nampak macam kenyataan dari seorang pelajar peringkat sekolah menengah. Keadaan sebegini adalah sesuatu yang amat memalukan tokoh-tokoh akedemik yang lain.

Minda penulis juga berpandangan, konsep negara berkebajikan yang dilagangkan oleh PAS tidak semestinya sama dengan konsep kebajikan yang diamalkan oleh negara-negara barat. Ini adalah kerana PAS mengambil pendekatan tersebut berdasarkan panduan dari al-Qur'an dan as-sunnah manakala konsep negara berkebajikan yang diamalkan oleh negara barat pula tidak menjadikan al-Qur'an dan as-sunnah sebagai panduan. Sekiranya PAS melaksanakan konsep negara berkebajikan mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam al-Qur'an dan as-sunnah, sudah pasti dan penulis yakin 100% tidak akan menemui kegagalan.

Walau apapun, minda penulis berpendapat amat malang bagi Umno-BN kerana kenyataan yang dibuat oleh penganalisis politik ini tidak langsung dapat membantu Umno-BN untuk terus mengekalkan kuasa. Apa yang terhasil adalah kenyataan beliau pasti akan menjadi senjata makan tuan buat Umno-BN.

Bukti PAS Menjaga Kebajikan Rakyat

PERTANDINGAN akhir Piala FA 2011 telahpun berakhir. Dalam pertandingan akhir diantara pasukan bolasepak Kelantan menentang Terengganu menyaksikan pasukan Terengganu menjadi juara dan Kelantan tewas dengan jaringan 2 - 1. Perlawanan tersebut yang menyaksikan bukan sedikit penyokong kedua-dua pasukan hadir ke Stadium Bukit Jalil untuk memberikan sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing. Dan kita amat berbangga dan berbesar hati apabila kedua-dua Menteri Besar dan Sultan Terengganu (YDP Agong) dan Sultan Kelantan turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Tahniah buat pasukan Terengganu yang berjaya menjuarai Piala FA buat kali ke 2
Namun apapun, yang menang tetap menang dan yang tewas bukan bererti tewas buat selama-lamanya. Apa yang minda penulis ingin perkatakan adalah berhubung keputusan Kerajaan Negeri Kelantan memberikan satu hari cuti kepada rakyat Kelantan sebagai menghargai sokongan rakyat kepada pasukan Kelantan pada perlawanan tersebut. Cuti tersebut telah diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan petang hari perlawanan sebelum dimulakan.

Tujuan utama cuti tersebut diberikan oleh Kerajaan Kelantan walaupun belum diketahui siapa pemenangnya adalah supaya penyokong pasukan Kelantan dapat memberikan sokongan kepada pasukan tanpa perlu memikirkan untuk bergegas pulang ke Kelantan untuk meneruskan kerja masing-masing pada keesokan harinya. Kerajaan Kelantan amat menitik beratkan aspek keselamatan rakyat Kelantan termasuklah penyokong pasukan The Red Warriors. Apa yang Kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu terjadi adalah penyokong tergesa-gesa pulang ke Kelantan untuk bekerja keesokan harinya sehingga mengabaikan aspek keselamatan semasa perjalanan. 

Kerajaan Kelantan sedar bahawa perlawanan tersebut sudah pastinya akan berakhir seawal-awalnya jam 11 malam dan ini pastinya menyebabkan penyokong kepenatan dan mengantuk. Keadaan tersebut boleh menyebabkan sesiapa yang memandu kenderaan akan hilang fokus terhadap pemanduan dan ini boleh menyebabkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini sehingga boleh menyebabkan kematian atau kecederaan parah. Dan keadaan itulah sebenarnya yang tidak ingin dilihat oleh kepimpinan Kerajaan Kelantan.

Bagi Kerajaan Kelantan, cuti bukanlah sekadar untuk meraikan kemenangan tetapi sebaliknya adalah untuk kerehatan tubuh badan dan fikiran. Dan itu adalah sebagai salah satu yang membuktikan bahawa Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS menitikberatkan soal kebajikan.

Sebaliknya pula berlaku pada penyokong pasukan Terengganu. Kerajaan Negeri tersebut yang dipimpin oleh Datuk Ahmad Said (Barisan Nasional) dilihat tidak bersikap sepertimana pimpinan PAS Kelantan. Faktor-faktor yang menjadi perkiraan Kerajaan Kelantan gagal di turuti dan diambil kira oleh Kerajaan Terengganu. Penyokong-penyokong pasukan Terengganu yang tidak memohon untuk bercuti ataupun yang tidak mendapat kelulusan cuti terpaksa bergegas pulang ke Terengganu untuk memastikan mereka dapat meneruskan tugas masing-masing pada keesokan harinya. 

Ini menjadikan, keselamatan diri penyokong-penyokong Terengganu semasa perjalanan pulang terabai kerana sudah pastinya mereka kepenatan dan mengantuk. Satu keadaan yang boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya. Dan sekiranya mereka selamat sekalipun, sudah pasti mereka akan bekerja keesokan harinya dalam keadaan penat dan mengantuk. Dan ini sudah pastinya akan mengurangkan produktiviti kerja mereka.

Memang benar, Kerajaan Terengganu tetap memberikan cuti kepada rakyat Terengganu pada 19 Jun 2011. Tapi pada pandangan minda penulis, cuti tersebut bukanlah untuk kebajikan tetapi lebih kepada cuti keraian atau dalam bahasa kasar Terengganu adalah cuti 'begalok'. Namun demikian, penulis tetap ucapkan selamat bercuti kepada semua warga Terengganu pada 19 Jun nanti dan kepada yang masih terpaksa bekerja pada hari tersebut, teruskan kerja anda seperti biasa kerana sudah pastinya kerja anda tetap ada imbuhannya.

Monday, June 13, 2011

Blogger-Blogger Umno Gagal Berhadapan Blogger-Blogger PR

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa parti tersebut agar bertindak segera mewujudkan unit gempur siber yang sistematik dan mantap bagi menangani isu yang dibangkitkan pembangkang melalui internet. Ini adalah kerana baginya, unit tempur siber parti tersebut ketika ini dilihat gagal menyampaikan maklumat secara berkesan kepada kumpulan sasar.

Menurut Zahid lagi, unit tempur siber Umno sekarang gagal menangkis banyak isu yang dibangkitkan pembangkang meskipun apa yang didakwa itu kononnya tidak benar. 

"Unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru berbanding unit siber pembangkang yang lebih berkesan".

"Unit siber pembangkang mengumpul dan mengupas tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah menghentam kerajaan namun ada juga yang terpengaruh dengan propaganda mereka," kata beliau selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bentong.
Minda penulis berpendapat, dalam soal ini memang benar unit siber (blogger-blogger) Umno gagal dalam menghadapi blogger-blogger pro Pakatan Rakyat (PR). Penulis beranggapan sebab-sebab berlakunya kegagalan tersebut adalah kerana, blogger-blogger Umno tidak mempunyai hujah dan fakta untuk menangkis serangan dari blogger-blogger pro PR. Apabila tidak mempunyai hujah dan fakta maka mereka akan mula memainkan isu-isu yang tidak masuk akal dan bukan-bukan sehingga adakalanya ia memakan diri Umno sendiri.

Di samping itu juga penulis berpendapat, kegagalan blogger-blogger Umno ini sebenarnya berpunca dari kegagalan pemimpin Umno itu sendiri untuk menjawab serangan dari blogger-blogger pro PR ini. Banyak isu yang dibangkitkan oleh blogger-blogger PR yang tentunya adalah isu-isu semasa termasuklah isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat Malaysia gagal untuk dijawab dengan baik oleh pemimpin Umno itu sendiri. Jadi pada pandangan penulis, bila pemimpin-pemimpin Umno itu sendiri gagal untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan, maka bagaimana pula para blogger mereka hendak menjawab segala isu-isu yang dibangkitkan.

Di samping itu juga, blogger-blogger pro Umno ini sebenarnya tidak mempunyai isu yang baik untuk menyerang PR. Jadi bila dah ketandusan isu, maka mereka ini mula mencari akal untuk menimbulkan isu-isu yang panas sehinggakan dapat kita lihat sekarang ini kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka adalah merupakan isu yang sudah lapuk ataupun isu-isu yang tidak benar sama sekali (fitnah).

Jadi pada pandangan penulis,Selagimana pemimpin-pemimpin Umno sendiri gagal untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh PR maka selama itu jugalah blogger-blogger mereka tidak akan mampu untuk menepis serangan dan hujah dari blogger-blogger PR.

Qazaf Dan Tuduhan Zina Bukannya Isu Politik

EXCO Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahdan dilaporkan meminta agar mimbar Jumaat tidak digunakan untuk menyebarkan propaganda politik atau membela pemimpin tidak bermoral. Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membicarakan isu qazaf dan tuduhan zina seperti dihadapi seorang pemimpin pembangkang.

Sohaimi juga turut mendakwa Kerajaan Negeri sanggup menderhaka perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang institusi agama dipolitikkan.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri sanggup berbuat apa sahaja demi politik termasuk menggunakan institusi masjid dan khutbah Jumaat untuk mengelirukan rakyat.

"Masjid adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu serta mengeratkan silaturrahim, bukannya berpolitik," katanya.
Penulis merasa amat lecewa kerana masih ada lagi orang Islam terutamanya dari kalangan Umno yang masih tidak dapat untuk membezakan mana satu isu politik dan yang mana satu isu agama. Seharusnya dan sewajibnya semua pihak terutamanya umat Islam mengetahui bahawa persoalan atau isu qazaf dan tuduhan zina adalah merupakan satu persoalan agama bukannya persoalan politik. Persoalan-persoalan tersebut jelas telah dinyatakan dan diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an. Apakah Exco Pemuda Umno itu terlalu jahil sehingga tidak dapat membeza-bezakan isu?

Pada pandangan penulis, tindakan khatib yang membacakan khutbah tersebut sambil menyeru orang ramai supaya jangan sesekali mempercayai tuduhan liwat sebagaimana yang dihadapi oleh seorang pemimpin pembangkang bukanlah merupakan satu kesalahan atau tidak wajar. Apa yang dinyatakan oleh khatib tersebut sebenarnya tidak menyeleweng dan lari dari apa yang telah diwahyukan dan dinyatakan di dalam al-Qur'an. 

Tuduhan Sohaimi yang mendakwa Kerajaan Negeri sanggup menderhakan perintah Sultan Selangor adalah sama sekali tidak berasas. Begitu juga tuduhan beliau yang mengatakan Kerajaan Negeri sanggup berbuat apa sahaja demi politik termasuk menggunakan institusi masjid dan khutbah Jumaat untuk mengelirukan rakyat. Ini adalah kerana isu yang dikhutbahkan oleh khatib tersebut adalah merupakan isu atau persoalan agama. Isu tersebut juga adalah merupakan isu yang menyentuh persoalan maruah umat Islam. Jadi pada pandangan penulis, tidak timbul sama sekali soal derhaka kepada Sultan dan juga tidak timbul soal Kerajaan Negeri salah guna masjid dan khutbah Jumaat untuk kelirukan rakyat. Mungkin Sohaimi lupa atau buat-buat lupa, Umnolah sebenarnya yang sanggup berbuat apa sahaja demi politik termasuklah melakukan fitnah yang teramat keji terhadap musuh-musuh politik.

Masjid sebenarnya bukan hanya sebagai tempat untuk bersolat dan berzikir sahaja. Apa sahaja boleh dilakukan di masjid asalkan sahaja ianya bukan perbuatan maksiat. Masjid sebenarnya adalah tempat beribadah. Apa sahaja yang dilakukan jika ianya adalah merupakan satu pekerjaan yang merupakan ibadat kepada Allah SWT boleh dilaksanakan di masjid termasuklah juga dalam soal berpolitik asalkan sahaja politik itu tidak menjadi satu maksiat dan mendatangkan kemurkaan dari Allah SWT. 

Harus juga diingat bahawa masjid bukannya hak mutlak orang melayu sahaja. Masjid adalah merupakan rumah Allah SWT yang mana semua umat manusia boleh mengimarahkannya tak kira samada bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa bangsa sekalipun. Jangan pula kita menganggap masjid itu hanya untuk orang melayu sahaja sehinggakan bangsa lain tidak boleh beribadat dan mengeratkan silaturrahim sesama Islam. 

Sunday, June 12, 2011

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dan Pesuruhjaya PAS Negeri Dipilih

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Dalam mesyuarat tersebut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dikekalkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan. Selain dari Kelantan, negeri-negeri yang masih mengekalkan Pesuruhjaya PAS adalah Pahang, Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.

Bagi Terengganu, Negeri Sembilan, selangor, Melaka dan Sabah pula menyaksikan berlaku perubahan terhadap jawawatan Pesuruhjaya PAS.

Disamping itu juga, mesyuarat turut memutuskan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat:-

Setiausaha Agung -   
Datuk Mustafa Ali
Penolong Setiausaha -  
Datuk Takiyuddin Hassan                                
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi 
Ahmad Sabki Yusuf
Bendahari -  
Datuk Abdul Halim Abd Rahman    
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat -   
Dr Mohd Hatta Ramli 
Ketua Penerangan -  
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
AJK PAS -  
Nasharudin Mat Isa
Idris Ahmad
Asmuni Awi
Anuar Tahir
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Zulkefly Mohammad Omar 
Abang Ahmad Kerdee Masagus

Pesuruhjaya PAS Negeri:-
Kelantan -  
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang -  
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor -  
Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak -  
Ust Abu Bakar Husin
Kedah -  
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang -  
Ust Salleh Man
Perlis -  
Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan -  
Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak -  
Ust Adam Ahid
Terengganu -  
Abdul Wahid Endut 
Negeri Sembilan -  
Mohd Taufek Abdul Ghani 
Selangor -  
Dr Abd Rani Osman
Melaka -  
Adly Zahari 
Sabah -  
Aminuddin Halim.

P Ramlee Sindir Penguasa Negara






Dalam lucu, ada sindiran dalam karya Allahyarham Tan Seri P Ramlee. Filem Musang Berjanggut karya beliau turut menyelitkan sindiran terhadap penguasa negara yang menggubal undang-undang atau dasar negara tetapi dalam masa yang sama melanggar atau tidak mematuhi perundangan yang mereka sendiri gubal. 

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh beliau sebagai 'Musang Berjanggut'

Masihkah Kau Ingat?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KENYATAAN menghina hukum dan agama Islam oleh pemimpin-pemimpin BN

Tun Dr Mahathir Mohamed


"Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" (3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim)

"Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" (30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor)

"Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik" (3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) 

"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." (temubual dengan media massa, 14 Julai 1992) 

"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam" (Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud" (temubual dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994) 

"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir" (Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994) 

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" (Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994) 

"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud" (Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam" (kenyataan kepada wartawan, 30 April 1992)

"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan" (temubual dengan wartawan, 18 Ogos 1991)

"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak" (bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)

"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" (Papar, Sabah, 2 Mei 1992) 

"Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam" (Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994) 

"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" (2/5/92)

"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam" (Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997) 

"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO)

Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” (Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) 

"Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih" (Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997) 

"Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka" (8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC) 


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak


"Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan" (20hb April 1983 kepada para wartawan)

"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu" (bercakap kepada wartawan, 20 April 1992)


Datuk Sulaiman Daud


"Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan" (temubual dengan media massa, 20 Ogos 1993) * Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Al-Fatihah


Datuk Dr Yusof Nor


"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam" (temubual dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) 


Tun Abdullah Ahmad Badawi


"Apa erti negara Islam jika mundur" (13 November 1999) 

"Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya" (Jun 2001)



Datuk Seri Abu Hassan Omar

menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang (Jun 2001)


Datuk Seri Utama Rais bin Yatim


Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya.

"(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan" (Hotel Equatorial, Bangis semasa merasmikan seminar Inter Faith Commision dan ucapan ini diterbitkan di dalam infoline Majlis Peguam) 


Datuk Nazri bin Aziz


Secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno 'TERPAKSA' menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian, ia akan hilang undi kepada PAS 


Zainuddin Maidin (ZAM)


Zainuddin Maidin atau Zam telah menghina Islam apabila beliau menyamakan Islam dengan najis candu. Zam telah dengan biadapnya berkata kalau mulanya agama telah menjadi candu khususnya kepada orang-orang di Kelantan dan Terengganu, kini filem Bollywood turut juga menjadi candu kepada mereka. Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dibuat ketika beliau mengulas fatwa Majlis Mufti-Mufti berhubung dengan pengaruh buruk filem Bollywood. Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dilaporkan oleh Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001 dalam artikel oleh Wan Hamidi Hamid bertajuk “Two fears behind Bollywood film row”. Zam telah dilaporkan memberitahu Straits Times, Singapura: "In Kelantan and Terengganu especially, men are glued to the TV set at the coffeshops for at least three hours, that’s the normal length of a feature Hindi movie. First, religion has become an opium to the people in the east coast of the peninsula, now Bollywood movies are also becoming opium for them."
*Untuk peringatan. Agama dianggap sebagai candu oleh pengikut Komunis dan Athies


Chua Soi Lek (Presiden MCA)

"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini.

"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya (The Malaysian Insider bertarikh 06/08/2010)

Mengaitkan Negara Islam sebagai negara teokratik dengan mengatakan : “The Prime Minister and other UMNO stalwarts are fully aware of MCA’s stand on turning this country into a theocratic Islamic State” (The Star bertarikh 02/05/2011 di bawah tajuk ‘MCA strongly against Islamic State’.)

Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan apabila mengkritik tindakan calon PAS di Pilihanraya Kecil DUN Tenang , Cikgu Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang memakai sarung tangan apabila bersalam dengan lelaki. Beliau menyatakan : “Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS”. (sila rujuk laporan portal berita Malaysia-Chronicle bertarikh 20/01/2011 di bawah tajuk ‘Chua slams Normala, Wan Azizah for wearing gloves when shaking hands’.)

Cuba memprovokasi dan/atau menyindir sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya Aidiladha. Beliau menyatakan “Becoz of hari raya haji all shops seem to be closed for celebration or by directive from local authority? It's quiet in Kota Bahru”.


Datuk Seri S Samy Velloo


Kenyataan berani beliau ketika cakap dalam satu ceramah di Sg Siput "Apa Quran boleh bikin lebuhraya ka?" (Detik 15 Okt)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...