Friday, April 29, 2011

TIADA HAK RAMPAS SELIPAR, APATAH LAGI SEBUAH NEGERI BERDAULAT

NONEMenteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa tiada pihak yang berhak merampas apa-apa daripada sesiapa, apatah lagi jika daripada negara yang berdaulat.

“Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat.

“Insya-Allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia,” tulisnya Nik Aziz di laman twitter.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyatakan demikian selepas pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones di pejabat menteri besar Kelantan di Kota Bharu, tengah hari ini yang menyentuh mengenai isu Palestin.

“Tidak lupa saya tegaskan pendirian saya terhadap isu Palestin dan rasa tidak puas hati dengan polisi Amerika Syarikat di Palestin,” tulisnya.

Selain isu Palestin, menurut Nik Aziz, banyak perkara yang dibincangkan dengan duta berkenaan seperti isu pendidikan, senario politik di Malaysia dan lain-lain.

Dipetik dari laporan Malaysiakini

Wednesday, April 27, 2011

Kalau Dulu..... Tapi Sekarang....... (Bhg 2)

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 KALAU DULU aku dilahirkan dan tinggal di sebuah rumah kecil
TAPI SEKARANG aku sudah mempunyai sebuah rumah banglo milik sendiri. Itulah kemajuan yang ku kecapi.
 
KALAU DULU aku bangga mempunyai sebuah rumah walaupun kecil
TAPI SEKARANG aku tidak betah untuk tinggal walaupun sesaat di rumah yang kecil. "Panas" kata hatiku.


KALAU DULU, perigi dan sungai adalah tempatku mandi menyegarkan diri
TAPI SEKARANG, shower dan swimming pool tempatku mandi setiap hari. Itulah tanda kemajuan bagiku.

KALAU DULU aku tak boleh duduk diam kalau tak dibasahi air perigi dan berkubang dalam sungai
TAPI SEKARANG aku jijik dengan semua itu. "Old fashion" kata hatiku.

 
KALAU DULU nasi lemak dan masak lemak cili padi masakan ibuku menjadi kegemaranku
TAPI SEKARANG beaf steak dan segala macam western food yang menjadi makananku. Kemajuanlah katakan.

KALAU DULU tak jumpa nasi lemak dan masak lemak cili padi, tak lalu makan aku dibuatnya

TAPI SEKARANG "What kind of food like this" kataku. Punca kegemukan (kata Tan Seri Din anak Sin)


KALAU DULU berkubang dipadang bersama rakan-rakan bermain bola adalah kegemaranku
TAPI SEKARANG golf dan tenis sukan elit bagiku. Dah namanya kemajuan.






Tapi kini itu semua sudah tak berguna lagi buatku. Tak ada erti lagi kemajuan buat diriku kerana diriku dan mereka yang pernah ku katakan sebagai ketinggalan zaman, sama sahaja kesudahannya. Dari tanah kami datang dan kepada tanah juga kami kembali.

KALAU DULU..... TAPI SEKARANG.......

KALAU DULU aku hanya berjalan kaki, 
TAPI SEKARANG aku sudah menggunakan basikal untuk bergerak. Itulah kemajuan yang kucapai. 

KALAU DULU semasa berjalan kaki, aku hanya sakit-sakit badan jika berlanggar dengan orang lain yang sama-sama berjalan kaki, 
TAPI SEKARANG lutut, siku dan daguku melecet dan berdarah akibat terjatuh bila berlanggar dengan orang lain yang sama-sama berbasikal sepertiku. Itulah risiko dari kemajuan yang kucapai.

Senaman poco-poco berjalan kaki
Senaman berbasikal

 
KALAU DULU aku hanya berbasikal,
TAPI SEKARANG aku sudah memiliki motorsikal untuk mudah bergerak kononnya. Itulah kemajuan yang kucapai.

KALAU DULU lutut, siku dan daguku melecet dan berdarah akibat terjatuh bila berlanggar dengan orang lain yang sama-sama berbasikal sepertiku 
TAPI SEKARANG bukan itu sahaja terpaksa ku tempuhi bila berlanggar atau terjatuh. Silap-silap gaya, tangan dan kaki semua tergantung akibat patah. Adoiii sakitnyer... tak mahu dah merempit.... (padan muka)
Jom merempit
Oiit.. Helmet mana Jang oii. Dah keras bonar ko kpalo ekau?
KALAU DULU aku punya sebuah motorsikal yang selalu ku guna buat merempit (willy dan wikkang dan dikejor oleh si kuda putih perkara biasa buatku),
TAPI SEKARANG aku sudah punya sebuah kereta untuk memudahkanku bergerak kesana-sini. Itulah kemajuan yang kucapai

KALAU DULU tangan dan kakiku bergantung di katil hospital akibat patah dalam kemalangan motorsikal,
TAPI SEKARANG silap-silap gaya boleh koma sebulan atau lebih dan nyawa jadi taruhan bila kereta ku guna untuk KL Drift mengalami kemalangan. Itulah cabaran yang terpaksa kulalui.

Jom Drift
Drift pakai kreta ni boleh tak?
KALAU DULU aku punya nyawa yang dipinjamkan sementara oleh Dia yang Maha Berkuasa
TAPI SEKARANG aku hanya bertemankan ulat dan cacing di dalam kubur yang gelap gelita dan panas menantikan hari perhitungan yang bakal menentukan nasibku samada keSYURGA atau keNERAKA....

Di sini akhirnya kita



(Ingatan buat ahli persatuan mat rempit dan mat drift sedunia)

Sunday, April 24, 2011

PESALAH DAN HAKIM SAMA-SAMA SIAL

Terry Jones laknatullah
PADERI KENA PENJARA 1 JAM
Ketua gereja bakar naskah al-Quran cuba buat bantahan di luar masjid

DETROIT: Paderi Amerika Syarikat yang membakar naskah al-Quran hingga mencetuskan kejadian keganasan di Afghanistan dipenjarakan selama satu jam, kelmarin selepas mahkamah mengharamkan bantahannya di luar masjid di sini. 
Hakim tempatan memenjarakan Terry Jones dari Gainesville, Florida dan pembantunya, Wayne Sapp selepas mahkamah mendapat tahu mengenai rancangan mereka untuk mengadakan bantahan di luar Pusat Islam AS di Dearbon boleh mendorong kepada insiden keganasan.
Ketika hadir di mahkamah, Jones mempertikaikan kitab suci umat Islam itu dengan mengatakan 'al-Quran mendorong aktiviti pengganas di seluruh dunia'. Dia juga memberitahu dia berhak untuk membantah Islam dan dilindungi di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan AS.
"Pindaan Pertama tidak memberi faedah jika ia menyekat kita untuk menyuarakan sesuatu isu," katanya.
Namun, Ketua Polis Dearbon, Ronald Haddad mendakwa, jabatannya menerima maklumat daripada penduduk tempatan mengenai ancaman serius oleh Jones dan menekankan bantahannya itu boleh menimbulkan insiden keganasan.
Pendakwaraya Robert Moran berkata, bantahan Jones tidak mempunyai kaitan dengan Pindaan Pertama Perlembagaan dan perkara perlu diutamakan adalah keselamatan serta keamanan masyarakat.
Hakim Mark Somers kemudian mengarahkan Jones dan Sapp dipenjarakan kerana enggan membayar denda AS$1 (RM3). Namun selepas satu jam berada di dalam penjara, kedua-duanya mengubah fikiran lalu membayar denda itu sebelum dibebaskan. - AFP
Sumber:- Metro Ahad 24 April 2011.

Kesimpulannya, hukuman yang dikenakan oleh mahkamah tersebut adalah terlalu rendah berbanding kesalahan yang telah dilakukan oleh Terry Jones dan pembantunya. Denda yang hanya berjumlah AS$1 bersamaan RM3 yang ditetapkan oleh hakim perbicaraan itu sendiri bersifat suatu penghinaan terhadap agama dan umat Islam. Kita tidak mengharapkan mahkamah tersebut menjatuhkan hukuman mati terhadap Jones dan Sapp kerana ianya suatu hukuman mustahil ditetapkan oleh mahkamah tersebut tetapi sewajarnya Jones dan pembantu beliau sepatutnya dikenakan hukuman penjara untuk satu tempoh yang lama sebagai peringatan buat mereka dan orang lain yang berhasrat untuk menghina agama lain.

Apa yang dapat dilihat dari keputusan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas Jones dan pembantu beliau adalah hukuman tersebut tidak akan menakutkan mereka jauh sekali untuk menimbulkan keinsafan dalam hati mereka. Dan hukuman tersebut juga tidak mampu untuk meredakan kemarahan umat Islam diseluruh dunia atas kebiadapan yang dilakukan oleh mereka.

Friday, April 22, 2011

JANGAN JADI MUKA TAK TAHU MALU

NAMPAKNYA, isu video lucah yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) masih belum selesai. Umno serta BN dan media-media tunggangan mereka sehingga kini dilihat masih lagi memainkan isu tersebut untuk menjatuhkan dan mengaibkan maruah DSAI. Paling baru, media-media tunggangan melaporkan bahawa hasil penelitian terhadap video tersebut oleh sebuah firma penyiaran Hong Kong mendapati imej lelaki dalam video tersebut dikatakan hampir menyamai DSAI walaupun ianya telah dinafikan oleh insan-insan yang paling hampir dengan DSAI iaitu anak-anak dan isteri beliau.

Trio Datuk T yang memulakan tuduhan tersebut juga walaupun kini sedang berhadapan dengan kemungkinan didakwa atas pertuduhan menyebarkan bahan lucah, sehingga kini masih dengan pendirian mereka sehinggakan dikatakan sanggup untuk bersumpah laknat dihadapan Kaabah dan yang paling melucukan, salah seorang dari trio tersebut iaitu Datuk Shuib Lazim telah mencabar Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk turut bersumpah laknat menafikan bahawa individu terbabit adalah DSAI. Satu cabaran yang saya kira bersifat tidak cerdik dan tidak berilmu.

Pada pandangan saya, bukan kerana yang dituduh adalah DSAI, tuduhan tersebut tidak boleh diterima dan perlu dihentikan segera kerana tuduhan tersebut dibuat tanpa berlandaskan hukum dan syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT. Prinsip asas Islam dalam membuat satu tuduhan zina iaitu pengemukaan empat orang saksi yang adil telah gagal dilaksanakan oleh sipenuduh. Oleh itu, semua pihak wajib menghentikan fitnah tersebut yang dilihat akan lebih menyebabkan berlakunya perpecahan antara sesama Islam. Semua pihak sewajibnya mematuhi prinsip-prinsip dalam Islam dalam isu ini dan apa juga isu yang melibatkan umat Islam tidak kira siapa sekalipun hatta jika yang dituduh melakukan zina tersebut adalah perdana menteri. 

Jadi, saya amat berharap agar tuduhan ini perlu dihentikan dan kita semua yang mengaku beragama Islam perlu untuk kembali kepada hukum syariat Islam dalam kehidupan seharian kita. Jangan pula kita jadi seperti manusia yang tak tahu malu, mengaku beragama Islam tapi dalam masa yang sama tidak mahu dan menolak apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.

Thursday, April 14, 2011

PAS TIDAK TIPU TUHAN.... TUHAN TIDAK TERTIPU (MENJAWAB TUDUHAN KAMARULZAMAN KAMDIAS)

Sewaktu membuka laman web UMNO Online, saya terbaca satu tulisan seorang penulis yang menamakan dirinya Kamarulzaman Kamdias. Setelah selesai membaca tulisan beliau itu, saya terfikir bahawa betapa jahilnya manusia yang bernama Kamarulzaman Kamdias ini. Ini adalah kerana, dalam kegalakan beliau menyerang PAS dalam isu video porno yang didakwa dilakonkan oleh DSAI, beliau telah mengeluarkan hujah yang saya kira agak bodoh dan mempermain-mainkan hukum agama Islam itu sendiri.  Pembaca semua boleh membaca tulisan beliau seperti di bawah yang bertajuk PAS Tipu Tuhan...Tuhan Tertipu 

Solat hajat memohon petunjuk dan mencari kebenaran?  Jika itu yang dicari kenapa awal-awal sudah tuduh Najib, Rosmah, KDN dan polis berkonspirasi dalam mereka cipta video porno Anwar?

Kalau Pakatan sudah sepakat mengatakan ini kerja UMNO dan mereka pasti Anwar bukanlah aktor dalam filem porno itu, kenapa perlunya diadakan sembahyang hajat perdana mohon petunjuk lagi?

Tuan-tuan guru dan para ulamak Pas….. kamu sedar atau tidak apa yang sedang kamu lakukan!? Wahai ulamak-ulamak Pas… Tolonglah semak balik kitab-kitab rujukan kamu dan carilah makna memohon petunjuk. Carilah balik apa maksud mencari kebenaran.

Ana pun risau tengok keadaan hari ini. Tak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Tapi ana lebih risau lagi melihat tok-tok guru Pas yang menjadi sumber rujukan ummah ini juga sudah turut terjebak mengotorkan tangan dalam kancah fitnah yang melata.

Kamu tok-tok guru kena ingat. Ana yang jahil ni pun terpanggil untuk mengingatkan tok-tok guru Pas apabila melihat gerangan tok-tok guru ini seolah-olah sudah tidak dapat lagi mengendalikan diri sendiri dengan ilmu yang dimiliki di dalam menghadapi isu video porno ni.

Kalau Pas benar-benar mahu seluruh ummah tidak terjebak dengan fitnah, Pas harus menunjukkan sikap yang benar-benar ikhlas dan jujur semata-mata untuk mencari petunjuk dan kebenaran.

Apa yang Pas lakukan di Stadium Melawati baru-baru ini adalah satu lagi FITNAH BESAR yang dihidangkan kepada seluruh ummah di Malaysia.

Hadirnya Pas di dalam solat hajat perdana semalam bukanlah bermaksud untuk mencari petunjuk dan kebenaran.

Pentas solat hajat perdana ini secara tersurat dan tersirat telah menampakkan kepada mereka-mereka yang benar-benar mahu melihat kebenaran, bahawa mereka sebenarnya awal-awal lagi telah membuat keputusan untuk mempertahankan Anwar sebelum mereka bermunajat memohon petunjuk kepada Allah.
Bacalah kenyataan-kenyataan para ulamak Pas. Rata-rata sudah terang lagi bersuluh awal-awal lagi sudah cuba mempertahankan Anwar. Hj. Hadi awal-awal lagi sudah menolong menjawab bagi pihak Anwar.

Baru mendengar ada video seks yang melibatkan Anwar, sudah ditolak mentah-mentah.

Mana ada manusia yang bersuci terlebih dahulu sebelum buang air besar. Mana ada manusia yang mandi junub dulu baru berjunub.

Mana boleh buat keputusan dulu, baru mohon petunjuk dari Allah. Ini perbuatan songsang dan menipu tuhan.
Itu sebab saya bertanya ,’Tuan-tuan guru dan para ulamak Pas….. kamu sedar atau tidak apa yang sedang kamu lakukan!?’

Demi Anwar, Pas bukan saja bersedia untuk terlibat menambah kelirukan lagi ummah, malahan Pas cuba bertindak mengelirukan tuhan, seolah-olah dia mahu mengenakan tekanan kepada Allah swt supaya menyokong pendirian mereka. Perbuatan ini sebenarnya menambah lagi pening kepala ummah.

Itu sebab saya kata, ‘Apa yang Pas lakukan di Stadium Melawati malam tadi adalah satu lagi FITNAH BESAR yang dihidangkan kepada seluruh ummah di Malaysia’.

Cuba bayangkan, jika perlakuan dalam video itu memang benar-benar dilakukan oleh Anwar sedangkan seluruh ummah menjadi keliru akibat dari perbuatan tok-tok serban dan jubah berdiri teguh di belakang Anwar.

Sudah pasti FITNAH baru yang ditimbulkan oleh para ulamak Pas ini lebih berbahaya dari kononnya fitnah jahat yang ditohmahkan kepada Anwar.

Tidak syak, Pas telah pergi lebih jauh dengan bertindak mempolitikkan sembahyang hajat yang menjurus kepada timbulnya FITNAH YANG LEBIH BESAR di kalangan ummah.

Fitnah pertama yang dilakukan oleh Pas ialah Solat hajat secara berjemaah. Nabi tidak pernah menyarankan sembahyang hajat dilakukan secara berjemaah. Sebaliknya yang nabi unjurkan ialah sembahyang fardhu 5 waktu secara berjemaah.

Ini satu lagi amalan songsang yang dilakukan oleh Pas, iaitu merekacipta solat yang sepatutnya dilakukan secara berkhalwat dengan Allah, dengan mengajak umat melakukannya secara berjemaah.

Pas telah melakukan dua kesalahan besar, iaitu membuat keputusan awal sebelum memohon petunjuk dari Allah dan membuat pekerjaan bidaah (mereka-reka ibadat khusus secara berjemaah).

Kesimpulannya Pas telah melakukan kesalahan dari segi niat dan pekerjaan(amalan) secara serentak.

Hadis nabi; ‘Barang-siapa menghormati dan memuliakan ahli-ahli bidaah maka dia adalah menolong buat meruntuhkan agama’.

Diterangkan di dalam beberapa hadis bahawa, pada akhir-akhir zaman akan lahir dajal, penipu dan pendusta yang memperdengarkan kepada kamu hadis-hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya. Maka awasilah agar mereka jangan menyesatkan kamu dan melempari kamu ke dalam kancah fitnah dan kerosakan.

Kepada pembaca berketurunan Pas sudah pasti akan membidas, ‘siapa kamu untuk mempertikaikan ulamak’?

Jawapan saya, ‘bukan mempertikai tapi mengingatkan’. Mengingatkan bukan perlu ikut sistem kasta.
Sumber:- UMNO Online http://umno-online.com/?p=34859 

Inilah orang yang memulakan tuduhan zina terhadap Anwar Ibrahim
Dalam tulisan itu, beliau telah mempersoalkan kenyataan pembelaan terhadap DSAI oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau mempertikaikan bagaimana Tuan Guru boleh mempertahankan DSAI sedangkan Tuan Guru tidak menonton video porno tersebut sehinggakan beliau memberikan kiasan yang berbunyi
"Mana ada manusia yang bersuci terlebih dahulu sebelum buang air besar" dan "Mana ada manusia yang mandi junub dulu baru berjunub". Beliau turut mengatakan "Mana boleh buat keputusan dulu, baru mohon petunjuk dari Allah. Ini perbuatan songsang dan menipu tuhan".

Keduanya, beliau mempersoalkan solat sunat hajat berjemaah. Beliau mendakwa solat sunat hajat hanya boleh dilakukan secara bersendirian dan beliau mendakwa bahawa menunaikan solat sunat hajat secara berjemaah adalah merupakan perbuatan bida'ah.

Sebelum saya menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Kamarulzaman ini, terlebih dahulu ingin saya nyatakan bahawa beliau memang sebenar-benarnya jahil tapi berlagak bijak. Setelah selesai pembacaan saya terhadap tulisan beliau, saya dapati beliau telah memperbodoh-bodohkan diri sendiri dan yang lebih malang lagi sehingga sampai tahap mengeluarkan kata-kata tidak elok terhadap Allah SWT. Nauzubillah.. semoga beliau masih diberikan kesempatan untuk bertaubat.

Baiklah! Menjawab persoalan beliau berkenaan pembelaan Tuan Guru terhadap DSAI, jawapannya cukup mudah. Apa yang dilakukan oleh Tuan Guru adalah tepat dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Dalam Al-Quran menerusi surah An-Nur, Allah SWT telah menyebut mengenai tuduhan zina dan dalam surah tersebut menerusi ayat yang ke 12 dan 13, Allah SWT telah berfirman yang maksudnya berbunyi:-
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
Menerusi surah yang sama juga menerusi ayat ke 14 hingga 25, Allah SWT telah memberi peringatan tegas akan azab yang bakal diterima terhadap mereka-mereka yang menuduh tuduhan zina tanpa mendatangkan empat orang saksi.
Orang Umno sendiripun ada yang solat sunat hajat secara berjemaah

Berkenaan persoalan solat sunat hajat pula, Kamarulzaman Kamdias perlu mengemukakan nas-nas Al-Quran atau Hadis Nabi ataupun Ijmak Ulama' yang menyokong dakwaan beliau yang mengatakan solat sunat tersebut hanya boleh dilakukan secara bersendirian. beliau juga perlu mengemukakan nas-nas Al-Quran, Hadis Nabi atau Ijmak Ulama' yang mengatakan bida'ah melakukan solat sunat hajat secara berjemaah.

Perlu diketahui oleh Kamarulzaman Kamdias bahawa, solat sunat hajat boleh saja dilakukan secara bersendirian dan ia juga boleh juga dilakukan secara berjemaah. Dan harus diketahui bahawa bukanlah merupakan perbuatan yang ganjil jika solat sunat hajat dilakukan secara berjemaah. Sekiranya Kamarulzaman Kamdias merasa ganjil solat sunat hajat dilakukan secara berjemaah, maka saya rasa mungkin, Kamarulzaman Kamdias tidak pernah melakukannya mungkin kerana jahil ataupun beliau tidak bermasyarakat (bergaul dengan masyarakat).

Oleh yang demikian, sebelum kita semua berkata-kata adalah lebih baik kita mempunyai ilmu tentang apa yang ingin kita perkatakan. Jangan kita berkata-kata jika kita tidak mengetahui dengan jelas supaya kita tidak akan menjadi sesat dengan apa yang kita perkatakan. Nauzubillah..

Wednesday, April 13, 2011

PERTAHANKAN KEPIMPINAN ULAMA'


Hubungan baik antara Tuan Guru dan Datuk Husam
KOTA BHARU, 13 April: Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa, hari ini menyatakan sokongan penuh beliau kepada pimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan dengan itu, Husam menolak sebarang percalonan dari mana-mana PAS kawasan untuk mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS.

“Saya menyokong 100 peratus kepada pimpinan Tuan Guru Haji Hadi, kerana kepada saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS.

“Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden,” katanya.

“Saya tidak pernah ada hasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu, apatah lagi apabila dipertembungkan dengan Tuan Guru Haji Hadi,” katanya lagi.
Ujarnya,  generasi muda kini mungkin tidak mengetahui  hubungannya dengan Tuan Guru Haji Hadi.

“Pada tahun 1983 bila saya lepas universiti, saya ‘full time’ berkerja dengan PAS.
“Dan yang menerima saya di dalam majlis rasmi adalah Tuan Guru Haji Hadi dan almarhum Ustaz Hassan Syukri,” ujarnya lagi.

Walau macam mana pun beliau mengucap kan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS.
“Mungkin PAS Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya,” katanya.

Ujarnya lagi, beliau hanya akan bertanding sebagai AJK PAS Pusat sahaja dan fokus utama beliau ialah Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

“Tugas utama saya ialah bagi memastikan Kelantan diuruskan dengan baik dan berjaya dalam PRU 13 yang semakin hampir,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan Husam bagi bertanding jawatan Presiden PAS sewaktu mesyuarat agung PAS kawasan berkenaan.

Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas Naib Presiden, Mohamad Sabu untuk  jawatan Timbalan Presiden.

Manakala, tiga jawatan Naib Presiden mereka mencalonkan Salahuddin Ayob, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Terima kasih dan tahniah buat Datuk Paduka Husam Musa atas pendirian beliau tersebut. Sebagai ahli serta pemimpin sebuah gerakan Islam, kita seharusnya mempunyai sikap menghormati kepimpinan utama lebih-lebih lagi tuan presiden kita adalah dari golongan ulama'. Walaupun ahli parti tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan dari kalangan profesional tetapi kita seharusnya mengutamakan ulama' dalam mentadbir sesebuah organisasi berteraskan Islam. 

Tahniah sekali lagi kepada Datuk kerana telah menunjukkan satu bukti kepada UMNO/BN bahawa kita lebih mengutamakan akhlak dan peribadi yang baik terhadap kepimpinan Ulama'.

Sunday, April 10, 2011

ROSLI DHOBY - PEJUANG KEMERDEKAAN SARAWAK

Usianya ketika itu baru 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

Rosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati di tali gantung pada 2 Mac 1950.

Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.

Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Sarawak dikuasai oleh penjajah swasta British Sir James Brooke pada tahun 1842. Keluarga Brooke, iaitu Sir James, anak saudaranya Sir Charles, dan anak Sir Charles iaitu Sir Charles Vyner, memerintah Sarawak dari tahun 1842 sehingga tewas dalam perang dengan Jepun pada tahun 1941.

Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 dalam GPMS. GPMS yang menggabungkan pemimpin-pemimpin Melayu Brunei dan Melanau Sarawak diketuai oleh Datuk Patinggi Abang Abdillah iaitu Perdana Menteri Sarawak di zaman Sir Charles Vyner.

Sebelum keluarga Brooke menguasai Sarawak, keluarga Abang Abdillah adalah pemerintah Sarawak dan wakil Sultan Brunei, pengasas negeri Sarawak.

Rukun 13 ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu, pada 21 Februari 1949. Tujuannya ialah untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka.

Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala agen penjajah itu melawat Sibu pada Disember 3, 1949.

Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.

Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Rosli dan rakannya yang juga berketurunan Melanau, Morsidi Sidik, kedua-duanya ditangkap oleh polis British.

Sir Duncan telah dihantar ke Hospital Sibu dan seterusnya ke Singapura untuk menerima rawatan rapi. Pegawai British itu meninggal dunia 7 hari selepas kejadian.

Pada 15 Disember, 1949 Rosli dan Morsidi serta dua lagi rakan seperjuangan mereka, Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong, yang juga berketurunan Melanau, telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Kuching, Jalan Tabuan, Kuching.

Mereka semua dikebumikan tanpa batu nisan.

Keempat-empat pejuang nasionalis ini dikebumikan semula di Sibu pada 2 Mac 1996, di Sibu, selepas upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor (kawan mereka yang juga berketurunan Melanau).

Ini ialah surat terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung:

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.

Allahyarham Awang Rambli adalah ayahanda kepada pelakon dan penyanyi veteran Dayang Sofia yang terkenal sebagai pelakon dalam filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
 
Dayang Sofia juga adalah bekas isteri kepada Datuk Aziz Sattar, pelakon siri filem Bujang Lapok yang juga kawan karib P. Ramlee.

(disalin dari blog Malaysiana2) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...