Friday, February 11, 2011

VALENTINE'S DAY DAN PERMASALAHAN KEPADA UMAT ISLAM

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Valentine's Day. Apa itu Valentine's Day?

VALENTINE'S DAY atau dalam bahasa melayunya adalah Hari Valentine atau lebih dikenali sebagai Hari Kekasih. Diraikan pada setiap 14 Februari kununnya hari untuk memperingati kekasih dan menyatakan rasa kasih sayang yang tak berbelah bahagi kepada kekasih. Pada hari tersebut, kebiasaannya disambut oleh pasangan kekasih dengan keluar berdating, memberi hadiah kepada kekasih hati tanda kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Ada makna tuuuu............

Kita lihat sejarah kewujudan sambutan hari tersebut. Valentine's Day disambut pada setiap 14 Februari adalah sempena kejatuhan sebuah empayar Islam iaitu Kerajaan Islam Sepanyol yang berpusat di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 1492. Dalang kepada kejatuhan tersebut adalah seorang paderi besar kristian yang bernama Saint Valentine. atas kejayaan Saint Valentine menumbangkan sebuah kerajaan Islam yang pada waktu itu amat digeruni dan dimusuhi oleh pihak kristian, maka hari tersebut diisytiharkan sebagai Hari Kasih Sayang sebagai menandakan kasih sayang kerajaan kristian kepada rakyat Sepanyol pada ketika itu. Dan sejarah juga menceritakan bahawa setelah kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, umat Islam di Sepanyol pada ketika itu telah dipaksa untuk menganut agama kristian dan ramai yang gugur sebagai syahid apabila enggan untuk murtad.

Dari sudut hukum syara', menyambut hari tersebut walau dengan apa cara sekalipun adalah haram dan pengharaman tersebut telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan turut disepakati oleh ulama'-ulama' mu'tabar seluruh dunia kerana perayaan atau sambutan hari tersebut sama sekali tidak menepati syariat Islam.

Apakah yang menyebabkan haram meraikan hari tersebut? Pertamanya kita lihat sejarah kewujudan hari tersebut itu sendiri. Hari tersebut adalah sempena meraikan kejatuhan sebuah kerajaan Islam. Kita sebagai umat Islam takkanlah nak meraikan sama kejatuhan kerajaan Islam. Kalau ada yang kata dia tak kisah atau tak ada kena mengena dengan dirinya. Jawapannya cukup simple, orang itu memang bangang dan tak ada roh Islam dalam dirinya.

Keduanya, hari tersebut memang mempunyai kaitan dengan orang kristian. Memang benar dan kita tak nafikan bahawa hari tersebut bukannya berdasarkan dari ajaran agama kristian dan kita tak katapun hari tersebut datangnya dari ajaran agama kristian. Kaitan dengan kristian yang dimaksudkan adalah kerana hari tersebut adalah sempena meraikan kejayaan orang kristian menjatuhkan sebuah kerajaan Islam dan kejayaan tersebut adalah disebabkan oleh rasa benci yang meluap-luap penganut kristian pada ketika itu terhadap agama dan kerajaan Islam. Buktinya, kejatuhan tersebut didalangi oleh seorang paderi besar kristian.

Ketiganya, kebiasaannya atau lazimnya hari tersebut diraikan oleh pasangan kekasih. Cara meraikannya, kebiasaannya pasangan kekasih ini akan keluar berdating, beri hadiah kepada pasangan masing-masing. Tang beri hadiah tu, tak kisahlah sangat walaupun kalau nak diikutkan nak beri hadiah tak perlu nak tunggu 14 Februari baru nak beri. Apa ada hal korang nak beri hadiah dan lantak koranglah duit korang tapi bab keluar berdating tu ada sikit problem. Jeng..jeng..jeng..

Lazimnya kalau dah keluar berdating berdua-duaan tu tentulah tak mahu diganggu-ganggukan. Jadi dicarilah tempat-tempat yang agak strategik untuk melepaskan rindu-dendam pada pasangan masing-masing. Bila dah berdua-duaan tu maka datanglah mangkuk ayun yang ketiga tu. Maka dihasutlah pasangan muda-mudi yang tengah hangat dengan rindu dendam tu. Apa katanya? Mungkin si mangkuk ayun tu akan berbisik kepada sijantan, "aloo bro.. tak rock la dok sini. Apa kata lu pi cari port lain yang lebih strategik dan sifar gangguan. Hotel ker, umah tumpangan ker, atau paling-paling bangsatpun pi lah cari celah-celah semak ker, celah-celah batu ker. Barulah ada kick (oppss... bukan kickdefella bro)".

Maka si bangang yang dah memang sedia maklum kebangangannya, mulalah keluar tanduk atas kepala. Maka diajaklah pasangannya yang betina ni pi ketempat cadangan mangkuk ayun setan laknatullah tadi. Kepada si betina ni, mangkuk ayun samdol akan berbisik pula, "alah.. pergi ajelah. Ekau kan sayang amat kat boipren ekau. Kang kalau tak ikut, nanti dia pi cari betina lain pulak. Saper yang susah". Maka dengan penuh kasih sayang si betina yang bengong ni pegilah mengikut si jantan yang bangang (elok sangatlah tu, si bengong dengan si bangang).

Bila dah dapat port yang baekk punyer, maka mulalah si jantan bangang menggoda, merayu dan merayap. Si mangkuk ayun setan laknatullah pulak dah sengih-sengih dah bila jarum dah masuk. Lalu berbisiklah lagi si mangkuk ayun sekor ni di telinga si jantan bangang, "aloo bro..takkan lu nak main cium-cium dan gosok-gosok jer bro. Buang karan tollah. Rugi bro... Go on ajerlah. Lu punyer awek dah surrender dah tu. Ape ader hal". Maka terjadilah adegan yang disukai oleh simangkuk ayun tadi dan bertepuk tanganlah mangkuk ayun and the gang atas kebodohan sibangang dan sibengong tadi.

Bila dah habis projek, mulalah sibengong dan sibangang tadi gelabah. Tapi simangkuk ayun sekor tadi masih ada cadangan yang bernas buat sibengong dan sibangang tadi. "Relaxlah bro.. amenderlah lu nak kecoh-kecoh. Tunggulah dulu. Kalau tak lekat, selamatlah lu. Kalau lekat apa nak takut. Lu pilih jerlah sama ada lu nak gugurkan or lu nak buang baby kat mana-mana". Maka berlalulah aktiviti-aktiviti sial si muda-mudi bangang dan bengong.

Jadi, takkan kita masih tak nampak lagi apa yang menyebabkan meraikan hari tersebut dihukumkan sebagai haram. Opss.. bukan 14 Februari tu yang haram. Jangan salah paham yer. 14 Februari tak haram, yang haramnya adalah Valentine's Day. Haram plak hanya kepada umat Islam sahaja meraikannya. Orang bukan Islam, lantak koranglah nak buat per pun.

So, bagi orang-orang yang non muslim tu takyah lah nak kecoh-kecoh pertikaikan usaha orang Islam nak selamatkan saudara seagama kami. Lu jaga lu punya agama, kitorang jaga kitorang punya agama. Tak kiralah lu orang DAP ker, orang MCA ker or Gerakan ker tak payah nak buat bising-bising. Kitorang tak kacau lu punya agama dah sikit punya bagus. So jangan nak mandai-mandai nak masuk campur urusan agama kami. Cuma satu yang aku sedihkan sikit bila orang Islam sendiri buat endah tak endah jer dengan masalah ni. Hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, diorang ni seolah-olah tunduk dengan orang bukan Islam. Kepada mereka-mereka ni, marilah kita sama-sama selamatkan aqidah umat Islam dan kepada PAS terutamanya Dewan Pemuda PAS Pusat, teruskan usaha kalian. Semoga Allah SWT memberi keberkatan atas usaha anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...