Monday, November 7, 2011

Soal Jawab Antara Rasulullah SAW Dengan Iblis

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


TELAH diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh Iblis datang kepada Nabi Muhammad S.A.W agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah S.A.W: "Siapakah kamu ini?"
Orang tua itu manjawab: "Aku adalah Iblis."

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Apa maksud kamu datang berjumpa aku?"
Jawab orang tua itu: "Allah memerintahkan aku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Rasulullah S.A.W lalu bertanya: "Hai Iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?"
Iblis menjawab: "Lima belas:-
  1. Engkau sendiri hai Muhammad
  2. Imam dan pemimpin yang adil
  3. Orang kaya yang merendah diri
  4. Pedagang yang jujur dan amanah
  5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
  6. Orang Mukmin yang memberi nasihat
  7. Orang Mukmin yang berkasih sayang
  8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat
  9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram
  10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci
  11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma
  12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya
  13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang
  14. Orang yang hafal Al-Qur'an serta selalu membacanya
  15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur"
Kemudian Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku?"
Jawab Iblis: "Sepuluh golongan:-
  1. Hakim yang tidak adil
  2. Orang kaya yang sombong
  3. Pedangang yang khianat
  4. orang pemabuk / peminum arak
  5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan
  6. Pemilik harta riba'
  7. Pemakan harta anak yatim
  8. orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat / sering meninggalkan solat
  9. Orang yang enggan mengeluarkan zakat / kedekut
  10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah
Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia"

Itulah diantara soal jawab antara Nabi dengan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana siapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan dan kekasih Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...