Wednesday, November 9, 2011

RM200 Ribu Hias Kota Bharu Sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V

بِسْــــمِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SEMPENA sambutan Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada 11 November 2011, pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan telah melakukan kerja-kerja penceriaan bandar terutama di kawasan-kawasan tumpuan sekitar Bandar Kota Bharu.

Menurut Setiausaha MPKB-BRI, Mohd Anis Hussein, sebanyak kira-kira RM200 ribu telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

Walaupun tiada acara besar-besaran seperti perarakan kereta berhias dan pembinaan gerbang seperti sebelum ini, pihak MPKB-BRI tetap melaksanakan apa yang sepatutnya bagi memastikan kecerian sambutan Hari Keputeraan Sultan.

Menurut Mohd Anis lagi, seramai 10,000 peniaga serta pemilik-pemilik bangunan dan premis sekitar kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan diberi notis untuk memasang kain rentang khas dan kain rentang khas tersebut perlu dipamerkan di hadapan setiap premis perniagaan terutamanya yang berhadapan dengan laluan jalan utama dengan cogan kata 'Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat'.

Di samping itu, MPKB-BRI turut memasang billboard dengan tulisan bertemakan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V iaitu 'Islam dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung'. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...