Wednesday, November 23, 2011

Remaja Ditemui Mati Terduduk

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KUALA LUMPUR: Mayat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan duduk atas kerusi dengan kesan tikaman di dada dan kecederaan serius di kepala di sebuah taman permainan di Jalan Gajus, Pudu, di sini dipercayai selepas dibelasah sekumpulan tiga hingga empat lelaki warganegara Myanmar, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dipukul kumpulan terbabit dipercayai selepas masing-masing mabuk.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas seorang saksi kejadian berusia 30-an yang menyaksikan kejadin berkenaan menghubungi polis.

Sebuah ambulan dan pegawai perbatan turut dihantar ke lokasi kejadian namun mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu gagal diselamatkan.


Komen Minda Penulis:-
Kebanjiran pendatang asing di Malaysia sekarang ini sememangnya banyak menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah di Malaysia. Kerajaan dan pihak berkuasa sewajarnya membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing di Malaysia termasuklah mereka yang memegang status pelarian

Keduanya, difahamkan kejadian berlaku kerana masing-masing dalam keadaan mabuk. Ini menunjukkan minuman keras (arak) boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada akhlak dan jiwa manusia. Jadi semua manusia, tidak kira Islam mahupun yang bukan Islam seharusnya menjauhi dan meninggalkan arak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...