Monday, November 7, 2011

Redha Terhadap Qadha' Dan Qadar

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


DALAM sebuah hadis Qudsi dijelaskan bahawa Allah SWT berfirman:
"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain daripada Ku." (Hadis Riwayat Thabrani)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam keimanan)." (Al-Ankabut: 2-3)

Berdasarkan firman Allah itu, Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka diantara mereka ada yang keluar emas asli, iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin Allah dari perkara syubhat, dan ada diantara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu), iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah," (Hadis Riwayat Thabrani)

Maka dengan itu sebagai hamba Allah, kita wajib untuk redha dengan qadha dan qadahr dari Allah kerana setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak-Nya sebagai suatu ujian untuk menguji setakat mana keimana kita kepada Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...