Sunday, November 6, 2011

Penumpang-Penumpang Tunggal Terselamat Dalam Kemalangan Udara

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


WALAUPUN nahas yang melibatkan kapal terbang kadangkalanya sangat mengerikan, namun hakikat sebenar, pengangkutan udara ialah cara pengangkutan yang paling selamat berbanding pengangkutan-pengangkutan yang lain tetapi risikonya tetap ada. Namun menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat dalam satu-satu kemalangan udara tentulah menjadi satu fenomena yang luarbiasa bagi individu yang terselamat tersebut. Berikut ialah antara penumpang-penumpang tunggal yang terselamat dalam pelbagai kejadian nahas udara yang telah berlaku dalam sejarah dunia.


Tarikh nahas: 19 Januari 2006
Jenis kapal terbang: Antonov An-24
Operator: Slovak Air Force
Tempat nahas: Hejce, Hungary
Jumlah penumpang dan krew: 43 orang
Kematian: 42 orang
Mangsa terselamat: Leftenan Pertama Martin Farkas
Sebab nahas: Kesilapan juruterbang

KAPAL TERBANG ini sedang menerbangkan tentera yang bertanggungjawab sebagai anggota pasukan pengaman. Namun kapal terbang itu telah terhempas di kawasan tanah yang berhutan dan juga dituruni salji di Bukit Borso pada ketinggian 700 meter ataupun 2,300 kaki berdekatan dengan sebuah perkampungan di Hungary bernama Hejce di Kota Telkibanya. Kapal Terbang itu telah terlanggar bahagian atas pokok-pokok sebelum terbakar dan terhempas. Mayat-mayat penumpang dan juga serpihan pesawat telah berterabur di merata tempat dalam kawasan yang luas.

Michaela Farkasova iaitu isteri kepada Leftenan Pertama Martin Farkas melaporkan yang dia telah menerima panggilan telefon dari telefon bimbit suaminya yang telah memberitahunya bahawa pesawat dinaikinya telah terhempas di dalam hutan. Beliau telah meminta isterinya untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja menyelamat. Dan tidak lama selepas panggilan itu dibuat, Martin telah berjaya ditemui. Mengikut penyelamat, Martin memang sangat bertuah kerana masih hidup kerana dia dijumpai di bahagian tandas pesawat yang hanya mengalami sedikit kerosakan. Martin pula mengalami sedikit kecederaan iaitu bengkak di otaknya dan kecederaan bahagian paru-parunya. Dia kemudiannya diletakkan dalam keadaan koma dan kemudiannya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.



Tarikh nahas: 27 Ogos 2007
Jenis kapal terbang: Bombardier Canadair Regional Jet (CRJ) DRj-100ER
Operator: Comair (d/b/a Delta Connection
Tempat nahas: Lapangan Terbang Blue Grass, Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat
Jumlah penumpang dan krew: 50 orang
Kematian: 49 orang
Mangsa terselamat: James Polehinke
Sebab nahas: Kesilapan juruterbang

KAPAL TERBANG ini sepatutnya menggunakan landasan 22 untuk berlepas tetapi sebaliknya telah menggunakan landasan 26. Landasan 26 tidak sesuai digunakan kerana terlalu pendek untuk melakukan pelepasan yang selamat dan telah menyebabkan pesawat tersebut tidak sempat diterbangkan dan melebihi had dan kejadian itu telah menyebabkan kematian kepada 47 orang penumpangnya dan 2 dari 3 orang krewnya. Pegawai pertama bagi penerbangan tersebut iaitu James Polehinke ialah satu-satunya mangsa yang terselamat.

James juga mengalami kecederaan yang teruk termasuk beberapa tulang yang patah, paru-paru rosak dan pendarahan yang teruk. Kemudiannya doktor mengesahkan yang James mengalami kerosakan otak dan akan hilang memori tentang kejadian nahas itu mahupun sebarang perkara yang ada kaitan dengannya. Walaupun James yang sedang menerbangkan pesawat tersebut ketika kemalangan tetapi beliau menerima arahan dari kaptennya iaitu Jeffrey Clay yang mengarahkan agar beliau menerbangkan pesawat di landasan yang salah.


Tarikh nahas: 14 Jun 1943 
Jenis kapal terbang: B-17C Flying Fortress 
Tempat nahas: Bakers Creek berdekatan Mackay Queensland, Australia 
Jumlah penumpang dan krew: 41 orang 
Kematian: 40 orang 
Mangsa terselamat: Foye Kenneth Roberts 
Sebab nahas: Tidak diketahui

UNTUK sebab-sebab keselamatan tentera dan tanggunjawab moral, kemalangan ini telah dirahsiakan oleh pihak Amerika Syarikat dan pihak berkuasa awam Australia untuk tempoh yang agak lama. Kapal terbang itu telah membawa seramai 41 orang pekerja dari Amerika Syarikat yang sedang pulang dari percutian selama 10 hari. Pesawat itu telah berlepas dalam keadaan berkabus dan telah berada pada ketinggian altitud melebihi 300 kaki. Dalam tempoh beberapa minit sahaja pesawat tersebut telah terbakar di udara dan semasa ia sedang menjunam menuju ke arah pokok-pokok, salah satu daripada sayapnya telah tertanggal menyebabkan bukaan yang luas menyebabkan para penumpangnya telah terkeluar daripada pesawat sebelum sempat ia mencecah ke kawasan nahas.

Satu-satunya mangsa yang terselamat ialah Foye Kenneth Roberts. Dia mengalami kecederaan di kepala yang gagal didiagnos pada masa kejadian nahas tersebut dan telah kehilangan keupayaan untuk bercakap untuk beberapa tahun setelah menjalani pembedahan otak untuk menyelamatkannya. Malahan Foye juga tidak dapat mengingati semula sebarang kejadian pada masa nahas tersebut berlaku. Pada bulan Februari 2004, Foye telah meninggal dunia. Dan sehingga ke hari ini nahas tersebut telah disenaraikan sebagai nahas paling buruk dalam sejarah negara Australia.


Tarikh nahas: 17 Mac 1957 
Jenis kapal terbang: C-47 Skytrain 
Operator: Philippine Air Force 
Tempat nahas: 22 batu dari Barat Laut Cebu City, Filipina 
Jumlah penumpang dan krew: 26 orang 
Kematian: 25 orang 
Mangsa terselamat: Nestor Mata 
Sebab nahas: Kelemahan logam

KEMALANGAN udara ini telah membunuh Presiden Filipina yang ke 7 iaitu Ramon Magsaysay dan begitu juga beberapa orang tertinggi dalam tentera. Menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat ialah seorang wartawan untuk Philippine Herald iaitu Nestor Mata. Pesawat ini berlepas dari Lapangan Terbang Lahug dan sedang menuju ke Nichols Field. Pesawat tidak mencapai altitud yang mencukupi semasa ia sedang menghampiri pergunungan di Balamban. Nestor yang duduk di baris kedua dan bersebelahan dengan compartmen Presiden apabila kemalangan itu berlaku dan beliau teringat yang berlaku satu cahaya memancar yang menggelapkan mata untuk seketika dan seterusnya dia terus pengsan.

Setelah dia sedar dari pengsan, dia mendapati dirinya berada pada tebing yang curam di antara semak dan pokok-pokok. Walaupun berada dalam keadaan sakit yang amat sangat, dia mula menjerit untuk mencari presiden. Bila para petani menjumpainya, mereka telah membawanya pulang ke kawasan perkampungan sebelum mendapatkan sebuah buaian baring untuk membawanya selama 18 jam melalui kawasan yang berliku-liku. Sebaik sahaja sampai di Southern Island Hospital di Cebu, dia dirawat untuk trauma yang teruk dan kesakitan untuk kesan terbakar tahap dua dan tiga.


Tarikh nahas: 13 Januari 1995 
Jenis kapal terbang: DC-9 
Operator: Intercontinental Airlines 
Tempat nahas: Maria La Baja, 500 batu ke arah barat laut Bogota 
Jumlah penumpang dan krew: 52 orang
Kematian: 51 orang 
Mangsa terselamat: Erika Delgado 
Sebab nahas: Tidak Diketahui


KAPAL TERBANG ini telah meletup di tengah angkasa apabila juruterbangnya sedang dalam usaha untuk melakukan pendaratan kecemasan berdekatan sebuah paya tetapi telah sampai ke kawasan yang berpadang hijau dan telah meletup lalu termasuk de dalam sebuah lagun. Seorang petani berkata yang dia telah mendengar laungan meminta pertolongan dan akhirnya telah menjumpai Erika Delgado dalam timbunan rumpai laut yang menyelamatkannya dari maut. Erika berusia 9 tahun ketika itu. Dia sedang dalam perjalanan bersama-sama kedua-dua ibu bapanya dan seorang adik lelaki dari Bogota dan sedang menuju ke bandar pelancongan Carribean iaitu Cartagena.

Dia berkata kepada para penyelamat bahawa ibunya telah menolaknya keluar dari pesawat itu setelah ia terpecah dan terbakar. Dia telah dibawa ke hospital dalam keadaan yang terkejut serta patah tangan. Erika juga telah menceritakan semula bahawa seseorang telah menghampirinya tetapi telah membiarkannya dalam tangisan sebaliknya telah menarik rantai leher dari lehernya dan terus melarikan diri. Erika telah mengeluarkan satu rayuan untuk sesiapa yang mengambil rantai lehernya agar memulangkan kepadanya semula kerana itulah satu-satunya kenangan yang tinggal tentang ayahnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...