Monday, November 7, 2011

Menerima Ciuman Suami Sewaktu Berpuasa

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



DARI 'Amr bin Abi Salamah r.a. bahawasanya dia bertanya kepada Rasulullah SAW: 
"Bolehkah orang yang sedang berpuasa mencium isteri?"
Jawab Rasulullah SAW: "Tanyakanlah kepadanya"' (sambil Baginda menunjuk kepada Ummu Salamah, isteri Rasulullah)
Ummu Salamah menceritakan kepada 'Amr, bahawa Rasulullah pernah menciumnya.
Kata 'Amr, "Ya Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang".
Rasulullah menjawab: "Ketahuilah, demi Allah! Sesungguhnya aku orang yang paling taqwa dan yang paling takut kepada Allah daripada kamu semuanya".
(Hadis Riwayat Muslim)

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diceritakan dalam hadis di atas adalah sebagai alasan bahawa si isteri tidak berdosa menerima ciuman suaminya pada siang hari bulan ramadhan. 

Pada Hadis yang lain pula diterangkan:
"Dari Aisyah r.a. katanya: Nabi SAW ingin menciumku. Lalu aku katakan kepada Baginda: "Aku puasa"
Jawab Rasulullah SAW' "Aku juga puasa. Lalu Baginda menciumku".
"Hakim bin 'Aqqaal bertanya kepada Aisyah r.a.: "Apakah yang haram bagiku terhadap isteriku ketika puasa?"
Jawab Aisyah: "Farajnya!".
Masruq bertanya pula kepada Aisyah r.a.: "Apakah yang halal bagi seorang lelaki puasa terhadap isterinya?"
Jawab Aisyah: "Segala-galanya, selain berjimak".
(Hadis Riwayat Bukhari)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...