Tuesday, November 15, 2011

Ibu Konsul Jeneral Malaysia Di Melbourne Mati Dibunuh Kejam

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PORT DICKSON: "Ia sungguh kejam kerana emak saya sudah tua dan dia tidak sepatutnya diperlakukan begitu," kata Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne Dr Mohamad Rameez Yahaya mengenai pembunuhan ibunya, Zakiah Num Abdullah pada Isnin.

Sambil menyifatkannya sebagai perbuatan tidak berperikemanusian, beliau berharap polis akan dapat memberkas penjenayah itu agar dia dikenakan hukuman setimpal.

"Perbuatan itu adalah sesuatu yang tragik dan amat menyedihkan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Dalam kejadian itu, Zakiah Num, pesara guru berusia 70 tahun, ditemui mati dengan tangan dan kakinya diikat di sebuah rumah di Jalan Taman Lama di sini pada 8.10 pagi semalam.

Mayatnya ditemui dalam garaj kereta bersebelahan rumahnya oleh seorang pekerja yang sedang melakukan kerja pengubahsuaian di rumah berkenaan.

Mohamed Rameez, 42, berkata beliau menerima berita sedih itu melalui telefon oleh Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Baljeet Singh pada 11.10 pagi Isnin (waktu Melbourne) dan terus pulang ke Malaysia.

"Pada saya, emak saya adalah seorang yang berjasa sebagai pendidik selama tiga dekat (60-an hingga 90-an) dan sukar mendapat emak seperti beliau," katanya.

Mohamad Rameez berkata walaupun berjauhan, beliau sering berhubung dengan emaknya yang tinggal bersendirian dan kali terakhir beliau berjumpa emaknya ialah pada Julai lepas.

Jenayah Allahyarham dikebumikan di sini selepas Zohor pada Selasa. 

p/s: Minda Penulis mengucapkan ta'ziah kepada Konsul Jeneral kita di Melbourne dan keluarga atas kehilangan tersebut. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...