Thursday, November 3, 2011

Al-Imam As-Syafi'i Rahimahullah

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PADA suatu hari Imam Syafi'i ra datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafi'i masuk ke bilik tidur yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar.

Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafi'i sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafi'i itu seorang ulama yang sangat alim. Sebaliknya apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak mengambarkan ianya seorang yang benar-benar alim."

Imam Ahmad amat terkejut mendengar perkataan anak perempuannya, lalu ia bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku, mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab, ”Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya, wahai ayah. Pertama, pada waktu dihidangkan makanan,dia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, dia tidak solat malam sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Subuh. Ketiga, Ia Solat Subuh tanpa berwudhu.”

Imam Ahmad bin Hambal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas persoalan anaknya itu, ianya menyampaikan semua alasan anak perempuannya itu kepada Imam Syafi'i. Bila mendengar semua itu, Imam Syafi'i tersenyum lalu ia berkata, “Wahai Ahmad! sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak ragu dengan makanan itu sedikit pun, atas sebab itulah aku makan dengan lahap. Lagi pun aku amat memahami bahawa engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan semalam bukan kerana untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan makananmu itu.”

Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulnya saw dan dengan izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masalah feqah Islam sehingga aku tidak sempat solat malam.

Perkara ketiga yang menyebabkan aku tidak berwudhu ketika Solat Subuh kerana aku Walahhi ! . . . . pada malam itu aku tidak dapat tidur sekelip pun, sehingga aku Solat Subuh dengan wudhu Solat Isyak.”

Riwayat Hidup
Abu Abdullah Muhammad Bin Idris-digelar As-shafi'i sempena nama datuknya Syafi'i bin Saib. Dilahirkan pada tahun 15 hijrah bersamaan tahun 767 masihi di Ghuzzah,Palestin

Susur galur keturunannya bertemu dengan Rasulullah pada neneknya yang bernama Abdul Manaf. (Abd Manaf adalah datuknya yg ke-9. Ibunya ialah Fatimah Al-Azdiah Binti Abdullah Bin Hassan Bin A'li Bin Abi Talib. Beliau berada di dalam kandungan ibunya selama 2 tahun.

Beliau adalah pengasas kepada mazhab As-Syafi'i, mazhab yang mempunyai pengikut yang ramai terutamanya di kawasan Asia Tenggara. Aliran mazhab As-Shafi'i juga dikenali dengan aliran ahli hadith kerana mazhab As-Syafi'i lebih mengutamakan hadith daripada Ijma'.

Beliau meninggal dunia pada tahun 204 hijrah bersamaan tahun 820 masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah Mesir.

Pusara Imam As-Syafi'i di Arafah, Mesir

Pendidikan
Seorang yang mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kecil. Ketika berusia 9 tahun, beliau telah menghafaz Al-Quran di samping menyusun syair dan penulisan.

Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas pengajian agama di masjidil Haram, mempelajari ilmu Fiqh daripada Imam Muslim Bin Khalid Az-Zanji, hadith daripada Sufian Bin 'Aiinah, ilmu Al-Quran daripada Imam Ismail.

Ketika berusia 12 tahun, beliau telah menghafaz kitab Al-Mautha' karangan Imam Malik dan seterusnya berguru kepadanya ketika berumur 20 tahun.-turut mempelajari dan mendalami bahasa dan kesusasteraan arab sehingga beliau mahir dalam bidang penulisan.

Di dalam usaha mencari ilmu beliau telah mengembara ke beberapa buah negeri seperti Mekah, Madinah, Yaman, Kufah dan Parsi.

Telah membahagikan waktunya kepada 3 bahagian: 1/3 malam untuk berehat, 1/3 malam untuk menulis ilmu, 1/3 malam untuk beribadat. Hasil usaha gigihnya di dalam menuntut ilmu, akhirnya beliau telah muncul sebagai imam yang besar dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan telah memberikan sumbangan yang besar kepada umat Islam.

Sifat Peribadi
Memiliki ilmu pengetahuan yang sangat luas dalam berbagai-bagai bidang.Usia remajanya banyak dihabiskan untuk menuntut ilmu.

Bersikap sederhana dalam segala hal samada pakaian atau makanan. Sangat pemurah, sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan. Seorang yang sangat menghormati dan memuliakan guru. Seorang yang tinggi, kacak serta memiliki lidah yang fasih dan suara yg merdu ketika membaca Al-Quran.

Sumbangan
Telah menghasilkan kitab dalam pelbagai ilmu pengetahuan

Hasil Karya
Usulul Fiqh:-
-Ar-Risalah
-Al-Ahkamul Quran
-Al-Um
-Abthaalul Istihsaan
Ilmu Fiqh:-
-Al-Jami'ul Kabir
-Al-Faraid
-Al-Mukhtasar As-saghir
Ilmu Hadith:-
-Ikhtilaf Al-hadith
-Al-Amaali
-Al-Musnad
Beliau juga telah melahirkan ramai ulama' dari kalangan murid-muridnya seperti:
1) Al-Imam Abu Ibrahim Bin Yahya Al-Madani
2) Al-Imam Ar-Rabi' Bin Ismail Bin Abd Jabbar Al-Marawi
3) Ibrahim Bin Khalid Bin Al-Taimi Al-Kabi Al-Baghdadi
Beliau juga merupakan orang yang mula-mula menyusun ilmu Usulul Fiqh. Ketika di Iraq, beliau telah mengeluarkan fatwa yang dikenali dengan'Qoul Qadim' dan sewaktu di Mesir beliau keluarkan fatwa yang dikenali dengan 'Qoul Jadid'.

2 comments:

Ustaz Mat Harun Bin Saman said...

maaf tuan...mohon izin untuk copy link untk sampai pada teman2...moga2 sama2 beroleh manfaat ....barokallah...

Mohd Nasron Hashim said...

Silakan ustaz. Mana yang baik sama2 kita kongsikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...