Sunday, October 9, 2011

Ucapan Salam Yang Betul

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
SIAPA yang menggunakan perkataan 'SALAM'? Apakah maksud disebaliknya?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Baik gunakan 'ASSALAMUALAIKUM' atau 'ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARAKATUH'.

Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Baginda SAW memberi salam dengan lafaz 'Assalamualaikum' dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu 'Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh'. Ringkasnya, baginda SAW akan; Beri salam dengan ucapan 'Assalamualaikum' dan menjawab salam - 'Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah; 'WAALAI KUMUS SALAM' dan bukannya yang selalu kita dengar iaitu; 'WAALAI KUM SALAM'

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh ler dan bukannya “Kirim salam kat ASHREE yer”. Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ”Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan 'A’kum' dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan 'Assalamualaikum' itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan 'As Salam' yang membawa maksud sama dengan 'Assalamualaikum'.

Sama-samalah kita memberitahu rakan-rakan yang selalu sangat guna shortform 'A’kum' dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform 'A’kum', kita ingatkan dia guna 'As Salam' kerana salam ialah dari perkataan 'Assalamualaikum'.

* Jangan guna 'Bye' kerana 'Bye' adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud 'Di Bawah Naungan Pope'
* Jangan guna 'A’kum' kerana 'A’kum' bermaksud 'Binatang' dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna 'Semekom' kerana 'Semekom' bermaksud 'Celaka Kamu'. Gunakan perkataan 'As Salam' sebagai singkatan bagi 'Assalammualaikum'.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...