Wednesday, October 5, 2011

Sifat-Sifat Mustahil Dan Harus Bagi Allah SWT

WAJIB atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi lawan daripada dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di sini sifat-sifat yang mustahil satu-persatu :

1. ‘Adam bererti “tiada”

2. Huduth bererti “baharu”

3. Fana’ bererti “binasa”

4. Mumathalatuhu Lilhawadith bererti “menyerupai makhluk”

5. Qiyamuhu Bighayrih bererti “berdiri dengan yang lain”

6. Ta’addud bererti “berbilang-bilang”

7. ‘Ajz bererti “lemah”

8. Karahah bererti “terpaksa”

9. Jahl bererti “jahil/bodoh”

10. Mawt bererti “mati”

11. Samam bererti “tuli”

12. ‘Umy bererti “buta”

13. Bukm bererti “bisu”

14. Kaunuhu ‘Ajizan bererti “keadaannya yang lemah”

15. Kaunuhu Karihan bererti “keadaannya yang terpaksa”

16. Kaunuhu Jahilan bererti “keadaannya yang jahil/bodoh”

17. Kaunuhu Mayyitan beerti “keadaannya yang mati”

18. Kaunuhu Asam bererti “keadaannya yang tuli”

19. Kaunuhu A’ma bererti “keadaannya yang buta”

20. Kaunuhu Abkam bererti “keadaannya yang bisu”


Adalah sifat yang harus pada hak Allah Ta’ala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan tiada. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...