Tuesday, October 18, 2011

Pensyarah, Umno Resah Manifesro PAS Terengganu


بِسْــــمِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KUALA TERENGGANU, 18 Okt: Pemimpin Umno BN termasuk ahli akademik menjadi resah apabila PAS Terengganu melancarkan manifesto Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tema ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’, Sabtu lepas.

Lima perkara dari kandungan manifesto yang dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno, PR Ganti BN itu seperti berikut:

1. Melaksanakan pengecualian cukai kediaman

2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN

3. Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami

4. Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan

5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin

“Manifesto ini amat menyentuh kepentingan rakyat Terengganu yang berada di dalam keadaan yang dhaif kerana pengagihan kekayaan yang tidak adil selama ini,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Tiba-tiba, katanya Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dan Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan berkata, manifesto itu hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya dengan janji untuk menghapuskan cukai.

Soalnya, bagaimana dua pensyarah yang berada di Pusat Pengajian Tinggi memberi kenyataan yang tidak mempunyai fakta yang kukuh sedangkan PAS pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999-2004 ianya terbukti dan teruji.

“Kenapa mereka berdua mengeluarkan kenyataan seolah-olah rakyat akan menderita jika PAS kembali berkuasa di Terengganu?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, jika hendak mengampu janganlah memalukan dunia akademik kerana hendak mencari keuntungan dunia yang tidak seberapa.

Katanya, sebagai ahli akademik sepatutnya boleh melihat kembali pencapaian PAS mengurus kerajaan Trengganu ketika memerintah suatu ketika dahulu.

“Bukankah Terengganu di bawah PAS telah menunjukkan pencapaian yang baik walaupun sebahagian besar pendapatan kerajaan negeri hilang apabila royalti ditarik?” tanya beliau lagi.

Namun, jelasnya PAS berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada nombor empat tetapi selepas PAS tewas, Terengganu kembali miskin di tempat kedua.

Justeru, ujarnya kenapa PAS mampu mentadbir walaupun royalti minyak dirompak, jawapannya pemimpin PAS menjalankan tugas dengan amanah, adil tanpa mengira ideologi politik.

Soalnya lagi, apakah kedua-dua pensyarah itu menganggap pencapaian BN yang memerintah negeri itu adalah pemerintahan yang terbaik sehingga Terengganu hari ini digelar sebagai ‘Negeri Runtuh’.

Katanya, kenapa mereka tidak komen mengenai stadium di Gong Badak yang berharga RM292 juta runtuh dan kos hendak membaikinya RM25 juta, bumbung Masjid Batu Putih, Kemaman RM2.1 juta runtuh, perhentian bas Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta runtuh setelah 80% siap, kolam renang di Batu Buruk berharga RM18 juta rosak setelah setahun digunakan.

“Kenapa mereka tidak pertikai kenapa Terengganu masih lagi miskin walaupun ada hasil minyak?” soalnya.

Beliau berkata, mungkin mereka berdua tidak nampak kerana mata mereka ‘terlalu biru’ sehingga tidak mampu untuk melihat data dan fakta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...