Sunday, October 2, 2011

Kita Ada Empat Isteri

Sekadar Hiasan Sahaja
DAHULUKALA ada seorang raja yang mempunyai 4 isteri.

Raja ini sangat menyintai isteri keempatnya dan selalu menghadiahkannya pakaian-pakaian yang mahal dan memberinya makanan yang paling sedap. Hanya yang terbaik yang akan diberikan kepada isteri keempatnya.

Dia juga sangat memuja isteri ketiganya dan selalu membawanya ke pejabat-pejabat untuk memperkenalkan kepada orang lain. Ini kerana dia takut suatu hari nanti, isteri ketiganya ini akan meninggalkannya.

Raja juga menyayangi isteri keduanya. Kerana isterinya yang satu ini merupakan tempat dia mencurahkan masalahnya. Isteri kedua ini ramah, ambil berat dan sabar terhadapnya.

Isteri pertama raja adalah pasangan yang sangat setia dan telah memberikan penglibatan yang besar dalam pemeliharaan kekayaan dan untuk kerajaannya. Akan tetapi, raja tidak peduli sangat terhadap isteri pertamanya namun isterinya tetap setia kepadanya.

Hingga satu hari, raja jatuh sakit dan dia sedar bahawa kematiannya sudah dekat..

Sambil merenungi kehidupannya yang sangat mewah itu, raja berfikir, “Masa ini aku memiliki 4 isteri disampingku, tapi ketika aku pergi, mungkin aku akan sendirian”.

Lalu, bertanyalah dia pada isteri keempatnya, “aku paling mencintaimu, aku sudah menghadiahkanmu pakaian-pakaian yang paling cantik dan memberi perhatian yang sangat besar hanya untukmu… Sekarang aku nazak, adakah kau akan mengikuti dan tetap menemaniku?”

“Tidak mungkin!” balas si isteri keempat itu, dia pun pergi tanpa mengatakan apapun lagi..

Jawaban isterinya itu bagaikan pisau yang tepat menusuk jantungnya.

Raja yang sedih itu kemudian berkata pada isteri ketiganya, “Aku sangat memujamu dengan seluruh jiwaku. Sekarang aku sakit, apakah kau tetap mengikuti dan selalu bersamaku?”

“Tidak!” sahut sang isteri. “Hidup ini begitu indah! Jika kau meninggal, akupun akan menikah kembali!”

Perasaan raja pun semakin hampa dan membeku.

Beberapa saat kemudian, raja bertanya pada isteri keduanya, ” Selama ini, bila aku memerlukanmu, kau selalu ada untukku… Jika nanti aku meninggal, apakah kau akan mengikuti dan terus disampingku?”

“Maafkan aku, untuk kali ini aku tidak dapat memenuhi permintaaanmu!” jawab isteri keduanya. “Yang dapat aku lakukan, hanyalah menemanimu menuju tanah perkuburan…”

Jawaban isteri ketiga bagaikan petir yang menyambar dan menghancurkan hatinya..

Tiba-tiba, sebuah suara berkata:

“Aku akan bersamamu dan menemanimu kemanapun kau pergi.” Raja menoleh kepalanya mencari-cari siapa yang berbicara dan terlihatlah isteri pertamanya. Dia kelihatan begitu kurus, seperti menderita kekurangan zat.

Dengan penyesalan yang sangat mendalam kesedihan yang amat sangat,raja berkata sedih, “Seharusnya aku lebih mengambil berat kepadamu jika aku masih punya banyak kesempatan!”

Dalam realitinya, sesungguhnya kita semua mempunyai ’4 isteri’ dalam hidup kita…..

‘Isteri keempat’ kita adalah tubuh kita. Tidak peduli berapa banyak masa dan usaha yang kita habiskan untuk membuatnya kelihatan bagus, tetap dia akan meninggalkan kita saat kita meninggal.

Kemudian ‘Isteri ketiga’ kita adalah cita-cita, kedudukan dan kekayaan kita. Selepas kita meninggal, semua itu pasti akan jatuh ke tangan orang lain.

Sedangkan ‘isteri kedua’ kita adalah keluarga dan teman-teman kita. Tidak peduli berapa lama masa yang sudah dihabiskan bersama kita, tetap saja mereka hanya dapat meneman dan mengiringi kita hingga ke tanah perkuburan.

Dan akhirnya ‘isteri pertama’ kita adalah jiwa, roh, iman kita, yang sering kita abaikan kerana sibuk memburu kekayaan, kekuasaan dan kepuasan nafsu. Padahal, jiwa, roh, atau iman inilah yang akan mengikuti kita kemanapun kita pergi.

Jadi perhatikan, tanamkan dan simpan baik-baik dalam hatimu sekarang! Hanya inilah hal terbaik yang boleh kau tunjukkan pada dunia..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...