Monday, October 17, 2011

Kesederhanaan Hidup Rasulullah saw

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dikatakan inilah tempat kelahiran dan kediaman Nabi Muhammad saw
SUATU hari sahabat Rasulullah saw, Umar Ibnu al-Khattab pergi ke rumah Baginda saw. Setiba Umar ke rumah Rasulullah saw, beliau mengurut dada ketika melihat Nabi ikutan dan pemimpin umat selama ini tidur berbaring di atas tikar usang. Nampak bekas jalur tikar itu pada tubuh Baginda saw. Dilihatnya almari, Umar hanya mendapati segantang gandum kasar, tiada yang lain.

Melihat kehidupan Rasulullah saw itu, Umar menangis di hadapan Nabi saw.

“Apa yang menyebabkan engkau menangis hai Umar?” tanya Rasulullah saw.

Umar menjawab, “Aku melihat para kaisar dan kisra dan raja-raja lain nikmat tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini ya Rasulullah.”

“Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagiaan akhirat sedang mereka memilih dunia.” Hanya itu jawapan Rasulullah saw.

Mendengar jawapan itu, maka luluhlah hati Umar melihat kesederhanaan Nabi saw sebagai pemimpin dan ikutan umat, dan bertambah kepiluan di hatinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...