Sunday, October 23, 2011

Kenali Pengasas Sister In Islam (SIS)


بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


DR AMINA WADUD pemegang ijazah Ph. D di dalam kajian al-Quran ini berpeluang mendapat tapak permulaan menyebarkan faham liberalnya terhadap Islam apabila berpeluang menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1989-1991 yang mengajar di Jabatan Revealed Knowledge and Heritage di universiti tersebut.

Amina adalah berlatarbelakangkan pendidikan liberal dan sekular. Walaupun bidang pengajian dan kajian berhubung dengan Islam dan menghasilkan buku 'Quran And Woman" dia dipengaruhi pandangan sekular dan mempersoalkan tentang hukum hakam yang ditafsirkan oleh ulama terhadap al-Qur`an dan juga Sunnah.

Beliau seolah-olah menganjurkan penentangan, bahkan pemberontakan terhadap apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap wanita. Oleh kerana pemikirannya yang bersifat kontroversi mengenai masalah-masalah Islam, khidmatnya hanya sepenggal selama tiga tahun dan tidak disambung kontraknya.

Pemikirannya sudah tentulah disebarkan di kalangan pelajar-pelajarnya yang mengkuiti kursusnya sebagai Profesor di dalam Pengajian Islam di Commonwealth University di Virginia, di New York.

Sikap Amina yang tidak menyenangkan khalayak berhubung dengan persoalan Islam dapat dinilai dari peristiwa di mana beliau dijemput kepersidangan mengenai HIV/AIDS pada bulan Mei 2003 di Kuala Lumpur membentangkan kertaskerja di samping kertas-kertas kerja perwakilan peringkat antarabangsa termasuk dari Afrika mengenai bagaimana Islam seharusnya menangani masalah HIV/AIDS.

Dalam membincangkan tentang penyebaran wabak AIDS, Amina menuduh hukum keluarga Islam telah menyebabkan kuman HIV tersebar tanpa kawalan kepada para isteri.

Keceluparan Amina yang menyentuh soal akidah membuat 20 perwakilan, kebanyakannya dari Afrika, termasuklah dari Malaysia dan United Kingdom menentang kertas kerja Aminah dan mendesak pengerusi menolak kertas kerja Amina bahkan menolak Aminah dari menyertai persidangan.

Mereka mahu namanya dipadam dari rekod Persidangan selama lima hari Second International Muslim Leader`s Consultation On HIV/AIDS.

Sembahyang Jumaat berkhatib dan berimamkan wanita dengan makmun dari kalangan lelaki dan perempuan sebagaimana diperkatakan di atas memperlihat betapa Amina jauh menyimpang mempersoalkan hukum hakam Islam yang dianggap tidak adil terhadap wanita dan menurut pandangannya diletakkan sebagai kelas dua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...