Tuesday, October 11, 2011

Bila Hati Bersuara


بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم   
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Manusia:-  Eh, dah subuh dah?
Malaikat:- Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sola
t subuh mu
Syaitan:- Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz


Manusia:- Nak makan, laparlah ..

Malaikat:- Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan:- Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya


Manusia:- Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat:- Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.

Syaitan:- Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!


Manusia:- Alamak, dah lewat!

Malaikat:- Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.

Syaitan:- Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?


Manusia:- Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat:- Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan:- Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.


Manusia:- Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..

Malaikat:- Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !

Syaitan:- Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.


Manusia:- Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat:- Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan:- Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah


Manusia:- Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat:- Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..

Syaitan:- Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah


Manusia:- Aku telah berdosa..

Malaikat:- Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Syaitan:- Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)


Manusia:- Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat:- Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.

Syaitan:- Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !


Manusia:- Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.

Malaikat:- Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.

Syaitan:- Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1. Anda  -  Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??

2. Malaikat  -  Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !

3. Syaitan  -  Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.


*Bkn artikel brantai ea..^^, .. Silalah Share utk kwn2 yg lain..:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...